Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Persiapan baju raya jadi keutamaan menjelang Aidilfitri
  • TEMPATAN

Eksklusif: Persiapan baju raya jadi keutamaan menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 5 hours ago
RASIAH Manan, 53, bersama keluarga memperagakan baju raya yang dipilih.

KUCHING: Menjelang sambutan Aidilfitri, orang ramai mula membuat persiapan membeli pakaian baharu dengan pelbagai pendekatan tersendiri, sama ada membeli lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau menunggu tawaran jualan saat akhir.

Bagi Rasiah Manan, 53, persiapan raya tidak lengkap tanpa membeli baju baharu bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk anak-anak sekali.

“Saya lebih gemar memilih warna yang lembut kerana ia lebih sesuai dengan tona kulit serta memberi penampilan yang lebih sopan.

“Biasanya saya tunggu jualan saat akhir sebab masa itu harga lebih murah. Tapi saya tetap utamakan kualiti dan keselesaan supaya baju itu boleh dipakai lama,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.

NOOR Attiqrah, 25.

Sementara itu, Noor Attiqrah, 25, berkata dia masih dalam fasa meninjau baju raya di kedai fizikal kerana mahu melihat sendiri potongan dan material pakaian sebelum membuat keputusan.

“Walaupun banyak rekaan moden di pasaran, dia lebih cenderung kepada gaya klasik yang dianggap lebih elegan dan tidak lapuk dek zaman.

“Sekarang harga baju raya perempuan agak mahal dan ada rekaan yang terlalu berlebihan. Saya lebih suka rekaan yang ringkas tapi nampak kemas,” ujarnya yang mengakui tetap berasa teruja setiap kali mencari baju raya.

Bagi Syabil Hazmi, 26, dia memilih untuk membeli baju raya lebih awal bersama keluarga bagi memudahkan mereka mencari warna yang sepadan.

SYABIL Hazmi, 26.

“Pemilihan warna menjadi keutamaan kerana keluarganya telah sepakat untuk mengenakan pakaian sedondon pada pagi raya.

“Saya beli di kedai fizikal sebab saiz lebih tepat dan mudah cuba. Lagi pun beli awal senang, tak perlu berebut saiz atau warna yang kita mahu,” katanya yang menyifatkan pengalaman membeli baju raya bersama keluarga sebagai momen yang menyeronokkan.

Dalam pada itu, Rambli Juh@Joe, 72, berkata dia turut membeli pakaian raya untuk ahli keluarganya dengan bajet sekitar RM200 hingga RM300.

“Faktor harga menjadi pertimbangan utama dalam memilih pakaian raya, diikuti keselesaan ketika dipakai.

 RAMBLI Juh@Joe, 72, bersama isteri memperagakan baju raya yang dipilih.

“Bagi saya tak kisah sangat tradisional atau moden, yang penting harga berpatutan dan selesa dipakai,” ujarnya.

Tinjauan mendapati kebanyakan orang ramai kini mempunyai pendekatan berbeza dalam membuat persiapan membeli pakaian raya, namun matlamatnya tetap sama iaitu memastikan sambutan Aidilfitri disambut dengan penuh keceriaan bersama keluarga.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Kefahaman inisiatif kementerian penting tingkatkan penyampaian perkhidmatan
Next: Kerajaan Sarawak komited perkasa kebajikan warga emas – Datuk Razi Sitam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.