Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Penumpang kritik AirAsia tidak dibenarkan bayi naik pesawat bersama ibu
  • SEMASA

Eksklusif: Penumpang kritik AirAsia tidak dibenarkan bayi naik pesawat bersama ibu

Utusan Sarawak 1 month ago

KUCHING: Seorang penumpang meluahkan kekecewaannya terhadap syarikat penerbangan AirAsia selepas mendakwa bayinya yang berusia lapan bulan tidak dibenarkan menaiki pesawat bersama keluarga mereka.

Dalam satu hantaran di Facebook oleh pengguna Mawar Ateng, beliau menyatakan telah menempah tiket penerbangan pergi dan balik untuk lima orang, termasuk bayi, namun hanya menyedari masalah tersebut ketika proses daftar masuk di lapangan terbang.

“AirAsia boleh meluluskan pembelian tiket untuk lima orang, tetapi mereka tidak membenarkan bayi saya menaiki penerbangan dengan alasan kuota bayi sudah penuh,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sistem AirAsia membenarkan tempahan dibuat sekiranya kuota bayi telah mencapai had maksimum. Tambahnya, pihak syarikat tidak memberikan sebarang notis awal berhubung perkara itu, menyebabkan mereka terpaksa mencari penyelesaian di saat akhir.

“Saya yakin tiada ibu bapa sanggup meninggalkan anak mereka. Apatah lagi bayi yang baru berusia lapan bulan,” luahnya.

Penumpang itu turut menyatakan bahawa pihak AirAsia tidak memberikan sebarang penyelesaian yang memihak kepada mereka, termasuk pilihan untuk menunda penerbangan atau mendapatkan bayaran balik.

“Kami tidak dibenarkan membawa bayi, tidak boleh menunda penerbangan, malah bayaran juga tidak boleh dikembalikan. Adakah ini kesalahan saya?” katanya yang mendakwa telah membayar hampir RM10,000 untuk tiket sekeluarga.

Tambahnya, mereka tiba di lapangan terbang seawal lima jam sebelum penerbangan dan hanya dimaklumkan mengenai masalah tersebut selepas menunggu hampir tiga jam di kaunter perkhidmatan.

Kejadian ini turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata menggesa AirAsia untuk menjelaskan dasar berkaitan kuota bayi serta memperbaiki sistem tempahan bagi mengelakkan insiden serupa berulang.

Sehingga kini, AirAsia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 11 kes baharu positif rabies di Sarawak
Next: Rumah Terbuka Aidilfitri Fadillah Yusof di Pusat Konvensyen CIDB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.