Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Eksklusif: Peniaga resah, permintaan terus meningkat dengan bekalan tidak mencukupi
  • BISNES

Eksklusif: Peniaga resah, permintaan terus meningkat dengan bekalan tidak mencukupi

Utusan Sarawak 2 months ago
PENGUSAHA KELAPA PARUT DAN PRODUK BERASASKAN KELAPA… Norani Kerim,60, mengakui berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan kelapa.

SIBU: Permintaan terhadap kelapa dan santan terus melonjak, terutamanya pada bulan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri yang semakin hampir.

Pengusaha kelapa parut dan produk berasaskan kelapa di Kampung Datu, Norani Kerim, 60, mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalan kelapa yang mencukupi.

“Permintaan terhadap kelapa sangat tinggi, tetapi bekalan tidak mencukupi. Saya menjangkakan permintaan akan terus meningkat menjelang saat-saat akhir sebelum Aidilfitri,” katanya kepada Utusan Sarawak hari ini.

Menurutnya, beliau mendapatkan bekalan kelapa dari pembekal di Kuala Tatau, Suai, Pusa, dan Meludam.

“Kelapa yang saya ada hari ini adalah bekalan yang diperoleh dari Kuala Tatau semalam. Ini pun tidak akan bertahan lama.

“Kebiasaannya, stok kelapa di sini penuh, tetapi kini hanya tinggal sedikit sahaja. Saya yakin permintaan akan terus melonjak menjelang Hari Raya,” ujarnya.

Norani turut menasihatkan orang ramai yang ingin membeli kelapa parut supaya membuat tempahan awal.

PENGUSAHA KELAPA PARUT DAN PRODUK BERASASKAN KELAPA… Norani Kerim,60, mengakui berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan kelapa.

“Seperti yang saya katakan tadi, bekalan kelapa sangat berkurangan dan tidak mencukupi,” katanya.

Beliau menjual kelapa biasa pada harga RM8 sekilogram dan kelapa putih pada RM10 sekilogram.

Seorang lagi peniaga kelapa di Kampung Nangka, Majidi Omar, 67, turut mengakui bahawa bekalan kelapa sangat sukar diperoleh pada masa ini.

“Semasa Tahun Baharu Cina yang lepas, bekalan kelapa langsung tiada, di pasar pun tidak ada,” katanya.

Menurut Majidi, sebelum ini beliau memperoleh bekalan kelapa dari Kabong, Samarahan, Balingian, dan beberapa kawasan lain, namun kini bekalan semakin berkurangan.

TEMPAH AWAL… Orang ramai yang hendak membeli kelapa parut dinasihatkan supaya membuat tempahan awal.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin membeli santan supaya mendapatkannya lebih awal.

“Elakkan membeli pada saat-saat akhir kerana kami tidak dapat menjamin bekalan santan dan kelapa akan mencukupi.

“Pengalaman kami menunjukkan bekalan boleh habis lebih awal. Tahun lepas, hanya dua hari sebelum Aidilfitri, santan sudah habis.

“Akibatnya, pelanggan yang datang tidak dapat membeli santan, malah mereka yang beratur panjang di pasar pun tidak mendapatkannya,” katanya.

Majidi turut mendedahkan bahawa pembeli dari Semenanjung Malaysia membeli kelapa di Samarahan dalam jumlah yang besar menggunakan kontena.

“Inilah satu lagi masalahnya, pembeli dari Semenanjung membeli kelapa kita di Samarahan menggunakan kontena,” ujarnya.

Beliau berharap pihak kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian bagi memastikan bekalan buah kelapa mencukupi sepanjang bulan Ramadan, dan menjelang Aidilfitri.

Oleh Akun Giman

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga tiket murah: Rakyat Sarawak gembira, tidak mengeluh
Next: Trump umum tarif kepada semua negara termasuk Malaysia pada 24 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.