Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Pemandu bot Bako terkesan kenaikan harga petrol tanpa subsidi
  • TEMPATAN

Eksklusif: Pemandu bot Bako terkesan kenaikan harga petrol tanpa subsidi

Utusan Sarawak 1 week ago

KUCHING: Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 (Budi95) mungkin menjadi berita baik buat majoriti masyarakat di negara ini, namun bagi sebahagian pihak yang tidak layak menerimanya, ia membawa kesan besar terhadap kelangsungan hidup mereka.

Antara yang terkesan ialah pemandu bot pelancong di Taman Negara Bako, yang rata-ratanya bergantung kepada penggunaan bahan api itu dalam jumlah besar setiap hari untuk mengangkut pelancong.

Menurut ahli Persatuan Pemandu Bot Bako, Zolkipli Jobli, 65, seorang pemandu bot memerlukan sekitar 50 liter petrol sehari untuk menjalankan operasi.

Beliau berkata, sebelum ini harga petrol RON95 tanpa subsidi ialah RM2.05 seliter, namun kini meningkat kepada RM2.60 seliter.

“Satu trip sahaja memerlukan kira-kira 10 liter. Kalau pergi balik, sudah 20 liter. Sehari, purata kami guna lebih 50 liter,”

“Bagi kami yang tidak layak menerima subsidi, beban semakin berat. Kos meningkat, sedangkan kadar tambang masih sama. Kalau keadaan ini berterusan, pendapatan makin terhimpit,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum ini kos bagi 10 liter petrol termasuk minyak enjin hanyalah sekitar RM30, namun kini meningkat kepada RM35.50.

Zolkipli berkata, kenaikan kos minyak itu bukan sahaja menjejaskan pendapatan harian pemandu bot, malah boleh memberi kesan kepada jumlah pelancong yang datang ke Taman Negara Bako.

“Kami tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga tambang, kerana apa-apa perubahan terhadap harga tambang perlu diluluskan oleh beberapa pihak seperti Lembaga Sungai Sarawak, Perbadanan Hutan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak.

“Kalau kami ada kenaikkan harga tambang, pelancong mungkin keberatan untuk datang. Lama-lama, sektor pelancongan pun boleh terkesan,” tambahnya.

Harapan beliau agar kerajaan dapat mengkaji semula golongan yang layak menerima subsidi ini kerana kadar RM2.60 seliter terlalu mahal berbanding RM2.05 sebelum ini.

Katanya, perbezaan harga itu memberi kesan besar kepada pengusaha bot yang bergantung sepenuhnya kepada petrol untuk menjalankan operasi harian.

“Kami harap, kami juga diberikan subsidi yang juga berpatutan daripada kerajaan.

“Kalau harga ini berpanjangan, memang susah untuk kami bertahan. Tambang tidak boleh dinaikkan sesuka hati, ini baru dikira berkaitan petrol, belum lagi kos lain seperti kos penyelenggaraan dan lain-lain” ujarnya.

Untuk rekod, program Budi MADANI (Budi95) yang dilancarkan kerajaan bermula hari ini merupakan mekanisme penyasaran subsidi bahan api di Malaysia.

Melalui inisiatif itu, subsidi petrol RON95 hanya diberikan kepada golongan sasar seperti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pemilik kenderaan persendirian di bawah kategori tertentu.

Bagi mereka yang tidak layak, harga runcit petrol RON95 kini ditetapkan pada kadar RM2.60 seliter berbanding RM2.05 sebelum ini, dengan tujuan memastikan agihan subsidi lebih adil dan mengurangkan ketirisan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: SKPS Sarawak bermula lancar, KPDN kerahkan 200 pegawai bantu pengguna
Next: Pengangkutan air Sarawak perlu diberi keutamaan dalam Skim BUDI95 – Lee Kim Shin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.