Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Musim buah Dabai sudah bermula di Pasar Sentral Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Eksklusif: Musim buah Dabai sudah bermula di Pasar Sentral Sibu

Utusan Sarawak 6 days ago
BEBERAPA gerai di Pasar Sentral Sibu mula menawarkan buah Dabai segar kepada orang ramai.

SIBU: Musim buah Dabai kembali memeriahkan pasaran tempatan di Sibu dan kawasan sekitarnya, menandakan tibanya musim yang dinanti-nantikan oleh para penggemar buah eksotik yang sinonim dengan Sarawak.

Buah Dabai, atau nama saintifiknya Canarium odontophyllum, sering digelar sebagai ‘zaitun Sarawak’ kerana bentuk dan teksturnya yang unik.

Ia bukan sahaja digemari kerana rasanya yang lemak dan berkrim selepas direndam dalam air suam sebelum dimakan, tetapi turut menjadi simbol identiti budaya dan makanan tempatan.

Kawasan tengah negeri ini seperti Song, Kapit dan Kanowit antara pengeluar utama buah tersebut yang sering menjadi buruan ketika musimnya tiba.

BEBERAPA gerai di Pasar Sentral Sibu mula menawarkan buah Dabai segar kepada orang ramai.


Tinjauan Utusan Sarawak di Pasar Sentral Sibu mendapati beberapa gerai sudah mula menawarkan buah dabai segar kepada orang ramai.

Menurut seorang peniaga yang ditemui, bekalan awal Dabai kali ini datang dari kawasan Song dan dijual pada harga antara RM30 hingga RM40 sekilogram, bergantung kepada kualiti dan saiz buah.

“Setakat ini, sambutan amat menggalakkan terutama daripada peminat tegar dabai yang menunggu kemunculan buah ini setiap tahun,” katanya.

Musim dabai lazimnya berlangsung dalam tempoh yang singkat, menjadikan buah ini antara hasil tempatan yang mendapat permintaan tinggi, bukan sahaja di Sibu, malah turut mendapat sambutan dari kawasan lain di tengah Sarawak.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 1,114 peserta DUN Nangka lulus lesen B2 menerusi program MyLesen
Next: NSJA anjur kempen pembersihan pantai, lebih 2,000 kilogram sampah berjaya dikutip

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.