Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Minat jadi rezeki, anak muda usahakan panggang ciptaan sendiri
  • INSPIRASI

Eksklusif: Minat jadi rezeki, anak muda usahakan panggang ciptaan sendiri

Utusan Sarawak 2 days ago
TEKUN DI BALIK BARA….. Tekun memanggang ayam di gerainya di Bandar Baru Samariang. Anak muda berasal dari Sri Aman itu menjalankan perniagaan makanan panggang sejak lima tahun lalu sebagai sumber rezeki tetap.
 

PETRA JAYA: Berbekalkan minat mendalam dalam dunia masakan dan semangat untuk berdikari, Khairol Nizam, 24, berjaya menarik perhatian pelanggan setempat dengan sajian makanan panggang hasil air tangannya sendiri yang dijual di Bandar Baru Samariang sejak lima tahun lalu.

Anak muda berasal dari Sri Aman itu berkata, segalanya bermula secara suka-suka apabila hasil dorongan rakan dan jiran yang ‘terjebak’ selepas mencuba hasil air tangannya untuk dijadikan sebagai sumber rezeki tetap sejak lima tahun lalu.

“Dulu panggang untuk makan sendiri saja, tapi bila kawan-kawan asyik tanya ‘bila nak jual?’, Saya fikir kenapa tidak? Daripada perap suka-suka, sekarang jadi kerja hari-hari,” katanya sambil ketawa kecil ketika ditemui Utusan Sarawak, semalam.

Beliau kini berniaga sepenuh masa di Bandar Baru Samariang, menguruskan sendiri daripada penyediaan bahan mentah, memanggang sehinggalah ke urusan jualan harian hingga membalikkan ayam atas bara.

TEKUN DI BALIK BARA…... Tekun memanggang ayam di gerainya di Bandar Baru Samariang. Anak muda berasal dari Sri Aman itu menjalankan perniagaan makanan panggang sejak lima tahun lalu sebagai sumber rezeki tetap.
 

“Modal dulu ciput saja. Ilmu niaga pun tak banyak. Tapi lama-lama belajar juga. Kita kena rajin menanya, rajin mencuba, jangan cepat mengeluh,” ujarnya.


Rempah ciptaan sendiri, api bara jadi ‘rakan karib’

Apa yang membezakan panggang Khairol dengan yang lain? Menurutnya, semua resipi diperap mengikut citarasa sendiri tiada salin resepi dari internet, tiada ‘cop mohor’ nenek moyang.

“Saya olah sendiri resepi ikut rasa yang saya suka. Ada juga pelanggan kata rempah saya ‘lain macam’. Yang penting api jangan marah sangat, nanti ayam hangus. Kena jinak-jinak bara tu,” katanya sambil membalik ayam panggang dengan penuh cermat.

Proses penyediaan dan memanggang biasanya mengambil masa satu hingga dua jam. Tapi, katanya, penantian berbaloi bila pelanggan kata, ‘daging lembut sampai tulang pun rasa nak kunyah.’

Tak terima tempahan, tapi sentiasa penuh

Walaupun tidak mengambil sebarang tempahan majlis atau katering, gerainya tetap menjadi tumpuan setiap petang hingga lewat malam.

TEKUN DI BALIK BARA… Tekun memanggang ayam di gerainya di Bandar Baru Samariang. Anak muda berasal dari Sri Aman itu menjalankan perniagaan makanan panggang sejak lima tahun lalu sebagai sumber rezeki tetap.



“Saya memang tak ambil tempahan luar. Fokus saya jual terus di gerai. Kadang pelanggan tanya boleh tempah kah untuk kenduri, tapi saya kata ‘datang saja, jangan lupa bawa pinggan kosong’,” katanya sambil ketawa.

Beliau menyediakan sekitar 10 hingga 15 kilogram atau lebih stok setiap hari. Gerainya mula berasap seawal 3.00 petang dan hanya ditutup bila bara sejuk, biasanya sekitar 12.00 tengah malam.

Bukan hanya pelanggan setempat, malah ada yang sanggup memandu dari Petra Jaya, Matang bah kan dari Santubong semata-mata untuk menikmati rasa ayam panggangnya.


“Paling saya tak lupa, ada warga emas kata rasa ayam saya macam masakan ibunya. Saya terdiam masa tu. Sampai sekarang saya ingat,” katanya dengan nada sayu.

Impian buka kedai tetap, tapi asap tetap nak kekal

Khairol memasang impian untuk memiliki kedai tetap suatu hari nanti tapi katanya, kalau tiada asap bara, tak seronok juga.

“Kalau ada kedai pun, saya nak kekalkan konsep panggang terbuka. Asap itu jiwa. Asap tu ‘trademark’. Kalau lalu pun orang dah tahu, ‘Haa… Khairol tengah panggang!’,” katanya seloroh.

Sebagai penutup, Khairol menitipkan pesanan buat anak muda yang ingin berniaga, jangan tunggu sempurna.

“Tak perlu tunggu cukup semua benda baru mula. Mulakan saja walau kecil. Jangan risau kalau tak viral, yang penting pelanggan balik semula,” katanya menutup perbualan dengan senyuman.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Magdelene Lena, dari pentas lakonan ke legasi budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.