Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Meriam buluh jadi tumpuan Program Lan Berambeh Sungkei 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang
  • TEMPATAN

Eksklusif: Meriam buluh jadi tumpuan Program Lan Berambeh Sungkei 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUNJUK KEHEBATAN… Para peserta Pertandingan Meriam Buluh beraksi menunjukan kehebatan masing-masing pada Program Lan Berambeh Sungkei 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang, petang tadi. Foto Akun Giman

SIBU: Permainan tradisi yang semakin dilupakan, bedil atau lebih dikenali sebagai meriam buluh, menjadi antara acara tumpuan pada Program Lan Berambeh Sungkei 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang, petang tadi.

Pengerusi Penganjur Acara Meriam Buluh, Zainudin Abu Talip berkata, permainan tradisional yang mencerminkan identiti masyarakat Melayu Sarawak itu suatu ketika dahulu popular dimainkan sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Menurutnya, pertandingan meriam buluh diadakan bagi menghidupkan semula tradisi turun-temurun dalam kalangan masyarakat.

TUNJUK KEHEBATAN… Para peserta Pertandingan Meriam Buluh beraksi menunjukan kehebatan masing-masing pada Program Lan Berambeh Sungkei 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang, petang tadi. Foto Akun Giman

“Permainan bedil menggunakan meriam buluh dan minyak tanah serta dimainkan secara berkumpulan.

“Peserta akan bersaing menghasilkan bunyi paling kuat atau mencipta letupan terbanyak dalam satu sesi,” katanya kepada Utusan Sarawak di pada Program Lan Berambeh Sungkei 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang, petang tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa aspek keselamatan perlu diberi perhatian khusus ketika permainan tersebut dijalankan.

“Ibu bapa perlu memantau anak-anak yang bermain meriam buluh ini. Harus diingat, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SKAS 2026: Nilai bantuan untuk isi rumah, warga emas tanpa pasangan, individu bujang naik
Next: Majlis Iftar PUSAKA 2026 santuni 100 pelajar asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.