Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Eksklusif: Mentor dedah strategi asah bakat muda Sarawak ke pentas antarabangsa
  • HIBURAN

Eksklusif: Mentor dedah strategi asah bakat muda Sarawak ke pentas antarabangsa

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif Prodigy Music, Sharnaz Saberi, ditemui pemberita Utusan Sarawak selepas majlis pelancaran single antarabangsa Aleysha Shareef van der Host, Shine Like Us, di Star on Stage, hari ini. Foto Nadya Victoria

KUCHING: Bakat muda Sarawak kini berpeluang menembusi pentas antarabangsa melalui bimbingan intensif daripada mentor berpengalaman dalam bidang muzik dan persembahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prodigy Music, Sharnaz Saberi, salah seorang penggiat seni yang menekankan pembangunan bakat sejak awal, mendedahkan bagaimana artis muda seperti Aleysha Shareef van der Host dibimbing secara bersepadu dengan pendekatan yang melibatkan guru, mentor, dan rangkaian kolaborasi kreatif.

“Seorang mentor yang tepat dan jaringan sokongan yang kukuh sangat penting untuk memastikan bakat muda Sarawak dapat menyerlah di peringkat antarabangsa,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Sarawak, selepas pelancara single antarabangsa Aleysha, Shine Like Us di Star On Stage, hari ini.

Menurut Sharnaz, latihan vokal, muzik, dan persembahan perlu dijalankan secara sistematik.

Selain itu, bimbingan harus merangkumi aspek disiplin, pemahaman teknik, dan pengalaman pentas untuk memastikan setiap artis muda mampu mengekspresikan bakatnya sepenuhnya.

DARI kiri, Jurulatih vokal, Phoebe Josephine Nishi, Ryan Zachary van der Host, Aleysha Shareef van der Host, dan Ketua Pegawai Eksekutif Prodigy Music, Sharnaz Saberi, selepas pelancaran single antarabangsa Shine Like Us, hari ini. Foto Nadya Victoria 

Beliau menekankan bahawa pembangunan bakat tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja.

“Kami memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mendalami seni. Persembahan memberi mereka eksposur, pengalaman, dan keyakinan. Kunci utama ialah membawa bakat Sarawak ke pentas antarabangsa,” jelas beliau.

Sharnaz turut menekankan kepentingan keseimbangan antara akademik dan seni.

“Dalam dunia sains dan teknologi, seni tetap penting. Sastera, muzik dan persembahan bukan sahaja memperkukuh budaya dan jati diri, tetapi juga memberi ruang ekspresi dan kegembiraan.

“Ibu bapa perlu memberi peluang kepada anak-anak untuk mengejar minat mereka sambil menimba ilmu. Bakat, kerja keras, ketekunan, dan pengetahuan adalah asas untuk kejayaan,” katanya.

Dengan pendekatan ini, Sharnaz berharap setiap bakat muda Sarawak mempunyai peluang untuk mencapai potensi penuh mereka dan dikenali di peringkat global.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Jurulatih vokal bongkar rahsia di sebalik kejayaan Aleysha Shareef van der Host

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.