Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: ‘Lompat tikam’ dari Kelantan tarik perhatian di Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen
  • TEMPATAN

Eksklusif: ‘Lompat tikam’ dari Kelantan tarik perhatian di Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen

Utusan Sarawak 5 hours ago
JUADAH UNIK… Lompat tikam yang dijual pada harga RM6.50 setiap bekas oleh Diana, peniaga berasal dari Melaka, menjadi antara juadah unik di Bazar Ramadan Pasar Dayak, Kem Penrissen. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Juadah tradisional ‘lompat tikam’ yang berasal dari Kelantan kini menjadi antara tarikan unik di Bazar Ramadan Pasar Dayak, Kem Penrissen sekali gus mencuri perhatian pengunjung yang ingin mencuba kelainan ketika berbuka puasa.

Seorang peniaga, Diana yang berasal dari Melaka berkata, kuih tersebut dihantar oleh rakannya untuk dijual di gerainya sepanjang Ramadan.

“Lompat tikam ini memang berasal dari Kelantan. Kawan saya yang sediakan dan hantar ke sini untuk saya jual. Ia sudah siap dicampur air gula dengan santan sekali supaya rasanya lebih seimbang kerana kuih ini sebenarnya tidak terlalu manis,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, hari ini.

JUADAH UNIK… Lompat tikam yang dijual pada harga RM6.50 setiap bekas oleh Diana, peniaga berasal dari Melaka, menjadi antara juadah unik di Bazar Ramadan Pasar Dayak, Kem Penrissen. Foto Shikin Mahmud

Lompat tikam tersebut jarang didapati di Sarawak, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri keenakan pencuci mulut tradisional dari Pantai Timur itu.

Keunikan lompat tikam itu terletak pada gabungan pulut merah bersama lapisan hijau tepung dan kuah santan, kemudian disiram dengan gula yang pekat. Kombinasi tersebut menghasilkan tekstur lembut serta rasa lemak manis yang tidak keterlaluan, sesuai dijadikan pencuci mulut selepas berbuka puasa.

Beliau menjual setiap bekas lompat tikam pada harga RM6.50 dan setakat ini menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang ingin mencuba kelainan sepanjang Ramadan.

Kehadiran juadah seperti ini di bazar berkenaan turut menambah kepelbagaian pilihan makanan dari Semenanjung Malaysia, sekali gus memeriahkan lagi suasana Ramadan di Kem Penrissen.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen terus meriah masuk hari kelima Ramadan
Next: Premier Sarawak santuni penjawat awam, sampaikan sumbangan MAKSAK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.