Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Lokasi kanak-kanak hilang, agak ‘keras’ kata saksi
  • Selatan
  • WILAYAH

Eksklusif: Lokasi kanak-kanak hilang, agak ‘keras’ kata saksi

Utusan Sarawak 12 hours ago
Laluan berliku yang perlu dilalui dua kanak-kanak berusia 5 tahun yang hilang di Kampung Pasir Pandak iaitu Humaira Qalesya Mohd Dir dan NurAshafieya Aisyah Abd Nasru Asrafie.

SANTUBONG: Laluan berliku yang perlu dilalui dua kanak-kanak berusia 5 tahun yang hilang di Kampung Pasir Pandak iaitu Humaira Qalesya Mohd Dir dan NurAshafieya Aisyah Abd Nasru Asrafie.

Jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit dari kawasan kampung.

Menurut saksi, Mohd Zulkifli Safiee, 40, dia sendiri terkejut selepas menemui mereka di kawasan tersebut kerana perjalanan yang perlu dilalui amat sukar lebih-lebih lagi untuk dua kanak-kanak berumur 5 tahun itu.

“Saya sendiri tidak dapat memikirkan bagaimana mereka boleh sampai disini, kami nelayan pun tidak akan ke sini sekiranya malam.

“Penduduk kampung juga percaya bahawa lokasi kanak-kanak hilang, agak ‘keras’ sebab itulah kami tidak akan memancing di sini pada hari malam atau senja,” katanya ketika ditemui oleh pemberita Utusan Sarawak semasa dalam perjalanan ke lokasi mangsa hilang.

Persoalannya, bagaimana kanak-kanak berusia 5 tahun, berkaki ayam, boleh sampai di lokasi tersebut.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua kanak-kanak perempuan hilang di Pasir Pandak ditemui selamat
Next: Ada ‘kakak’ membawanya ke sana — bapa saudara dakwa kanak-kanak cerita pengalaman misteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.