Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Eksklusif: Lenggok India, irama Iban serlah keunikan Rajaram Raj
  • HIBURAN

Eksklusif: Lenggok India, irama Iban serlah keunikan Rajaram Raj

Utusan Sarawak 2 hours ago
RAJARAM Raj.

KUCHING: Dalam kepelbagaian budaya yang membentuk Sarawak, muncul satu suara yang menyatukan nada dan jiwa, Rajaram Raj. Penyanyi berdarah India Bidayuh ini tampil membawa lenggok vokal berteraskan seni India yang menyusuri irama Iban, sekali gus mencipta warna baharu dalam landskap muzik etnik moden Bumi Kenyalang.

Berusia 31 tahun, Rajaram mula menapak dalam industri muzik Iban pada 2023 menerusi single sulung ‘Sulu Lumur Satu’. Lagu itu bukan sekadar karya debut, malah menjadi pintu rezeki dan titik mula kepada perjalanan seni yang sarat dengan emosi, keberanian dan identiti.

Minat terhadap nyanyian disemai sejak kecil hasil dorongan ayahnya yang sentiasa menggalakkan beliau menyertai pertandingan lagu. Namun, takdir seni Rajaram benar-benar berubah selepas mendirikan rumah tangga bersama isteri berbangsa Iban. Dari situlah, bahasa dan melodi Iban meresap ke dalam jiwanya, membangkitkan keinginan untuk menyanyi dan berkarya dalam irama etnik tempatan.

RAJARAM Raj mula menapak dalam industri muzik Iban pada 2023 menerusi single sulung ‘Sulu Lumur Satu’.

Tanpa pendidikan formal muzik, Rajaram membina kekuatan melalui pengalaman studio, latihan vokal dan disiplin kendiri. Baginya, muzik bukan sekadar susunan nota tetapi luahan rasa. Setiap lagu disampaikan dengan sepenuh jiwa, agar getarannya sampai ke hati pendengar.

Kini, sembilan lagu telah menjadi saksi perjalanan seninya, antaranya ‘Nuan Meh Suluku’, ‘Pengerindu Begulai’, ‘Hey Dara Lawa’, ‘Sulu Tampun Puji’ dan ‘Nadai Urang Bukai’. Kolaborasi dalam Ranchak Gawai dan Gawai Oohaa pula mengukuhkan namanya dalam arus muzik etnik kontemporari. Lebih manis, ‘Sarawak’kil Deepavali’ mencipta sejarah tersendiri sebagai lagu Tamil pertama lahir dari bumi Sarawak.

Membawa genre etnik moden, balada dan pop tradisional, Rajaram menjadikan kepelbagaian budaya sebagai kekuatan. Lenggok vokalnya yang berakar daripada seni India memberi sentuhan berbeza, menjadikan setiap lagu seolah-olah dialog harmoni antara dua budaya.

RAJARAM Raj.

Di sebalik cabaran industri muzik yang semakin kompetitif dan bergantung kepada dunia digital, Rajaram tetap melangkah dengan keyakinan.

Impiannya jelas, menjadikan muzik sebagai jambatan penyatuan, serta mengangkat nama Sarawak agar berdiri sebaris dengan arus perdana. Bagi Rajaram Raj, muzik tidak mengenal bangsa, hanya rasa dan jiwa.

Oleh Norman B

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: ‘Pokemon Winds’, ‘Pokemon Waves’ bakal dilancarkan sempena ulang tahun ke-30

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.