Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Eksklusif: Kurang gajet, tambah gerak, silat jadi pilihan gaya hidup anak muda
  • SUKAN

Eksklusif: Kurang gajet, tambah gerak, silat jadi pilihan gaya hidup anak muda

Utusan Sarawak 11 hours ago
KELAB Silat Olahraga Gerak Hikmah.

KOTA SAMARAHAN: Di saat ramai remaja lebih selesa menghabiskan masa di depan skrin telefon bimbit, sekumpulan anak muda dari Kampung Baru kini memilih untuk turun ke gelanggang bukan sekadar untuk bertanding, tetapi untuk kembali mengenal warisan melalui silat.

Pendekatan baharu yang diterajui oleh Aezsya Annis Mosihi, 26, dan Hendrawan Abdullah, 25, melalui Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah (KSOGH), silat kini bukan lagi dianggap aktiviti ‘berat’ atau ‘untuk orang tua’, malah dapat dijadikan sebagai gaya hidup sihat generasi muda kini.

SESI latihan Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah.

Menurut Aezsya, silat kini bukan sekadar seni mempertahankan diri, malah menjadi gaya hidup sihat yang semakin diminati generasi muda.

“Pendekatan mesra dan santai dalam sesi latihan berjaya menarik minat remaja yang dahulunya pasif dan lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon.

“Sejak program ini diperkenalkan, jumlah penyertaan meningkat setiap minggu dan kadangkala gelanggang pun tidak cukup ruang.

“Matlamat utama bukan semata-mata melahirkan jaguh silat, tetapi membentuk sahsiah, keyakinan diri dan jati diri anak muda agar mereka kenal akar budaya sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

WAKIL dari Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah beraksi di gelanggang pertandingan.

Latihan kelab silat tersebut dijalankan secara mingguan, setiap Rabu dan Khamis, yang terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah. 

Dalam pada itu, Hendrawan menyatakan bahawa latihan silat tersebut disusun dengan pendekatan yang lebih inklusif, digabungkan dengan elemen moden seperti muzik iringan, aktiviti fizikal santai dan persembahan kreatif.

“Silat yang dipelajari masih mengekalkan asas silat olahraga merangkumi gerakan pertahanan diri, kawalan fizikal dan etika murid.

“Namun pendekatannya diolah lebih ringan, tidak terlalu formal, bagi menggalakkan minat generasi muda tanpa rasa terpaksa.

“Persatuan Gerak Hikmah turut menggunakan media sosial untuk promosi, termasuk menyiarkan video pendek latihan, testimoni peserta dan cabaran gerakan, yang membantu menarik lebih ramai penyertaan dari dalam dan luar kampung,” jelasnya.

Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah merupakan sebuah kelab yang berdaftar secara sah di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta bernaung di bawah Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA), selaku badan induk rasmi silat olahraga di peringkat kebangsaan.

Latihan dan silibus silat di bawah kelab ini turut dipandu oleh Guru Utama Sariee Jimi serta Guru Muda Abdul Healee Bujang Seran, yang berperanan membimbing dan memastikan teknik yang diajar kekal berakar pada nilai asli seni silat olahraga.

Melihat sambutan yang memberangsangkan, pihak persatuan kini memperluas program seperti ini dengan harapan silat dapat menjadi platform pembangunan komuniti dan pembentukan sahsiah belia luar bandar.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kad kuning jejas rentak Malaysia lawan New Zealand – Sarjit
Next: Piala Sarawak 2025: Sri Aman letak harapan mara ke final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.