Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Eksklusif: Kekosongan Guru Besar, Pengetua diatasi melalui pelantikan NPQEL dan GBI
  • PENDIDIKAN

Eksklusif: Kekosongan Guru Besar, Pengetua diatasi melalui pelantikan NPQEL dan GBI

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGARAH Pendidikan Sarawak, Omar Mahli menegaskan pelantikan Guru Besar Interim dan calon NPQEL memastikan pengurusan sekolah di Sarawak berjalan lancar.

PADAWAN: Kekosongan jawatan Guru Besar dan Pengetua di Sarawak kini dapat diatasi melalui pelantikan calon berkelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) serta langkah sementara Guru Besar Interim (GBI).

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, walaupun berlaku kekosongan disebabkan persaraan wajib dan pertukaran guru, keadaan semasa tidak menjejaskan pengurusan sekolah kerana langkah pengisian sedang dijalankan secara sistematik.

“Calon NPQEL sudah tersedia, cuma menunggu kelulusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk pelantikan rasmi. Kekurangan jawatan tidaklah begitu banyak,” katanya kepada Utusan Sarawak selepas meninjau perjalanan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen No.1, Padawan hari ini.

Bagi sekolah di kawasan pedalaman, Omar berkata KPM membenarkan pelantikan GBI, iaitu guru paling senior di sekolah berkenaan. 

“Mereka akan menjalani latihan dan apabila tamat, terus disahkan sebagai Guru Besar di sekolah yang sama,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa Jabatan Pendidikan Sarawak baru-baru ini telah menempatkan 1,434 guru baharu lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) di sekolah rendah dan menengah seluruh negeri bagi mengukuhkan kapasiti tenaga pengajar.

“Dalam pada kita menempatkan guru baharu, ada juga guru yang bersara. Namun pengisian semakin baik dan kekurangan tenaga pengajar tidak mendatangkan masalah serius,” tambah beliau.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kuala Lumpur pada 8 Oktober mengumumkan peningkatan pengambilan calon NPQEL kepada 1,652 orang bagi 2025, bagi mengatasi kekosongan jawatan kepimpinan di semua sekolah menengah termasuk sekolah menengah bantuan kerajaan. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata langkah itu mencerminkan komitmen KPM untuk memastikan setiap sekolah dipimpin individu berwibawa dan berkelayakan.

Menurut beliau, NPQEL diwajibkan kepada bakal pengetua dan Guru Besar bagi membangunkan kompetensi kepimpinan serta pengurusan sekolah secara bersistematik dan berstruktur, sekaligus memastikan kualiti pendidikan tidak terjejas.

Langkah-langkah ini diambil bagi memastikan operasi sekolah berjalan lancar dan pentadbiran sekolah di seluruh Sarawak tetap terurus walaupun berlaku pertukaran atau persaraan guru secara tiba-tiba.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: JPNS sediakan persiapan rapi pastikan SPM 2025 Sarawak lancar – Omar Mahli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.