Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Kilas Petra Jaya Muaythai Club ukir kisah pengorbanan di Piala Premier Sarawak 2025
  • INSPIRASI

Eksklusif: Kilas Petra Jaya Muaythai Club ukir kisah pengorbanan di Piala Premier Sarawak 2025

Utusan Sarawak 2 weeks ago
KILAS PETRAJAYA MUAYTHAI CLUB… Jurulatih bersama pelatih Kilas Petra Jaya Muaythai Club bergambar kenangan selepas tamat Kejohanan Muaythai Edisi Ke-9 Piala Premier Sarawak 2025 di Bintulu.

KUCHING: Di sebalik sorakan penonton dan kilauan lampu gelanggang Kejohanan Muaythai Edisi Ke-9, Piala Premier Sarawak 2025 berlangsung dari 18 hingga 21 September 2025 lalu di Naim Streetmall, Paragon, Bintulu bukan sahaja menyaksikan pertarungan penuh sengit, tetapi juga memperlihatkan kisah pengorbanan dan semangat luar biasa daripada Kilas Petra Jaya Muaythai Club.

Jurulatihnya, Ismail Abdul Rahim, 57, yang dahulunya seorang guru muda silat sejak 1990 melalui Perguruan Silat Kilas Maut. 

Namun, pada 2018 beliau menceburi arena muaythai lalu melibatkan diri bersama Muaythai Kenyalang (MTK) sehingga 2021.

“Pada 2022, seorang sahabat menyarankan saya membuka kelab sendiri. Saya fikir inilah peluang untuk saya mencurahkan pengalaman dan membimbing anak-anak muda. Saya daftarkan Kilas Petra Jaya Muaythai Club dengan Pesuruhjaya Sukan Sarawak, dan alhamdulillah ia diluluskan pada Ogos 2022,” katanya kepada wartawan Shikin Mahmud, Utusan Sarawak.

Falsafahnya ringkas tetapi mendalam iaitu disiplin, semangat kesukanan, setiakawan dan menjaga nilai seni dalam muaythai.

“Cara saya menilai potensi dan kekuatan peserta untuk kejohanan Piala Premier 2025 kali ini, saya lebih menekankan kepada disiplin, stamina dan kekuatan setiap pelatih”, ujarnya.

Bagi beliau, melatih bukan sekadar mengajar tumbukan atau tendangan, tetapi membina kekuatan jiwa dan keyakinan diri.

“Cabaran paling besar seorang jurulatih adalah untuk melatih anak muda ke tahap kompetitif ialah disiplin, sikap dan keyakinan diri memandangkan sukan muaythai memerlukan pelatih yg memiliki kekuatan mental tahap maksima. Atlet boleh lemah badan, tetapi tidak boleh kalah jiwa. Untuk melahirkan juara, mereka perlu berani mati, kuat mental dan setia pada latihan,” katanya.

Baginya, perjalanan membimbing anak-anak muda ini adalah perjuangan hidup.

“Untuk melahirkan juara, bukan senang. Anak-anak ini perlu ada disiplin yang tinggi, mental yang kental dan hati seorang pejuang berani mati. Cabaran terbesar saya bukan mengajar teknik, tetapi mendidik sikap dan keyakinan mereka,” ujarnya.

Kisah Anak-Anak Didikan

Antara anak didik yang menonjol, Muhammad Adzhar Ramadhani, 11, atau digelar Popo Junior, masih di bangku Darjah 5 SK Bandar Samariang, dia berjaya menggenggam pingat emas meskipun usianya masih mentah.

MUAYTHAI… Muhammad Adzhar Ramadhani (Popo), 11 tahun, dua kiri (biru), buktikan usia bukan penghalang apabila meraih pingat emas.

“Kadang-kadang saya penat sangat lepas sekolah, tapi saya terus turun latihan sebab saya tahu mak ayah selalu doakan saya,” katanya sambil memeluk erat pingat emas yang menjadi lambang keberaniannya.

Dalam pada itu, Mohammad Nurhizbur Asyraf, 15, yang membawa pulang pingat perak, tetap bangga dengan pencapaiannya meskipun pernah tewas. 

MUAYTHAI… Mohammad Nurhizbur Asyraf, 15 tahun, tetap tabah membawa pulang pingat perak buat kelabnya.

Beliau mula menceburi muaythai pada tahun 2019 dan meminati sukan yang lasak mendorong saya untuk menceburi arena muaythai ini. Namun, ada juga cabarannya dari segi masa.

Katanya, “Berlatih muaythai sehari adalah 4 jam sehingga 5 jam, jadi saya terpaksa membahagikan masa belajar dan membuat kerja sekolah selepas balik sekolah. Selepas itu, saya berjogging dan sambung latihan muaythai pada sebelah malam, saya cuma ada masa bersama keluarga apabila jurulatih membatalkan hari latihan”.

Beliau pernah merasai detik manis menundukkan fighter Thailand di Lamai, Koh Samui pada 2024, tetapi tewas dalam perlawanan final Kejohanan Muaythai Remaja ASEAN 2025 di Paradigm Mall Petaling Jaya.

“Perlawanan tersebut diadakan secara liga kalah mati, saya terpaksa bertarung sebanyak 3 kali untuk masuk ke peringkat akhir. Pada perlawanan akhir tersebut saya telah tewas kepada petarung dari Kuala Lumpur”, katanya.

“Memang pedih bila kalah, tapi jurulatih selalu pesan, jatuh sekali bukan bermakna gagal. Saya janji akan bangkit lagi. Saya mahu buktikan anak Sarawak boleh lawan sesiapa pun, walaupun di pentas dunia,” ujarnya.

MUAYTHAI… Muhammad Adam Murni, 15 tahun, bersama ibunya, tetap berdiri teguh walau diasak tumbukan bertubi-tubi di gelanggang.

Sementara itu, Muhammad Adam Murni, 15, pelajar SMK Bandar Samariang, yang tetap teguh berdiri biarpun tubuhnya diasak dengan tumbukan bertubi-tubi.

Walaupun baru setahun menceburi muaythai, tekadnya jelas terpancar.

“Badan memang sakit, tetapi saya tetap lawan sampai habis. Saya yakin satu hari nanti saya mampu ke peringkat antarabangsa,” katanya penuh tekad.

Harapan Seorang Jurulatih

Melihat kesungguhan anak-anak muda itu, Jurulatih Ismail percaya masa depan muaythai di Sarawak dan Malaysia cerah.

“Kalau kita lihat sekarang, sokongan kerajaan dan swasta sangat membanggakan. Saya yakin sukan ini akan berkembang maju. Saya tidak mahu lihat mereka sekadar bertarung di gelanggang, saya mahu mereka jadi insan yang berdisiplin dan berjiwa besar,” katanya.

Kisah Kilas Petra Jaya Muaythai Club di Bintulu ini membuktikan bahawa muaythai bukan sekadar seni bertarung, tetapi medan menguji kesabaran, ketabahan dan nilai kemanusiaan.

Di sebalik setiap tumbukan, ada doa seorang ibu, di sebalik setiap peluh, ada pengorbanan seorang jurulatih dan di sebalik setiap air mata, ada impian besar seorang anak muda Sarawak yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan mahu berdiri di pentas antarabangsa.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Ayrton Mohd Azeem Low mahu buktikan Sarawak mampu bersaing di arena permotoran nasional
Next: Adriel Nyawai gigih martabatkan seni tenunan Sungkit warisan masyarakat Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.