Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Kebajikan mangsa banjir di PPS dijaga rapi, penduduk rasa lebih selesa
  • TEMPATAN

Eksklusif: Kebajikan mangsa banjir di PPS dijaga rapi, penduduk rasa lebih selesa

Utusan Sarawak 23 hours ago
BAINI Abdullah, 67 tahun.

SERIAN: Kebajikan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus diberi perhatian rapi apabila kemudahan asas serta bekalan makanan mencukupi disediakan, sekali gus memberi keselesaan kepada penduduk terjejas.

Seorang mangsa, Baini Abdullah, 67, berkata keadaan di PPS Kampung Lintang setakat ini memuaskan dan keperluan harian seperti makanan dan minuman disediakan dengan baik.

“Setakat ini tinggal di PPS ini boleh dikatakan selesa. Makan dan minum semua mencukupi,” katanya.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama beliau dipindahkan ke PPS selepas paras air di rumahnya meningkat dengan mendadak sehingga melebihi tujuh kaki.

“Saya sudah beberapa kali melalui banjir, tetapi kali ini paling besar. Air naik terlalu cepat dan saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang. Semua hanyut, memang tidak sempat diselamatkan. Ini sudah ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak di PPS Kampung Lintang Baru Serian, di sini, hari ini.

Baini berkata beliau mempunyai sembilan orang anak, namun hanya lima orang ahli keluarga termasuk suami isteri yang tinggal bersamanya dan dipindahkan ke PPS.

HANIM Natasha Rusdi, 22 tahun.

Sementara itu, Hanim Natasha Rusdi, 22, berkata keluarganya mula mengemas barang seawal 1.00 pagi selepas menyedari keadaan banjir semakin memburuk.

“Sekitar 4.00 pagi air sudah masuk ke rumah dan parasnya di buku lali. Selepas subuh, kami berpindah secara berperingkat ke dewan ini ketika air sudah di bawah paras lutut dan keadaan sangat berbahaya,” katanya.

Beliau berkata proses berpindah agak sukar kerana bantuan belum tiba pada ketika itu, menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki ke PPS sambil mengangkat barang.

“Sepanjang proses itu saya turut cedera ketika mengangkat barang. Nasib baik kebanyakan barang dapat diselamatkan kerana kami mengemas lebih awal sejak malam tadi,” katanya.

Menurut Hanim, walaupun sering berdepan banjir sejak kecil, ini merupakan kali kelima keluarganya berpindah ke PPS.

“Keadaan di PPS ini selesa. Khemah yang disediakan besar dan ada sedikit privasi. Makanan pula mencukupi dan sedap, dengan sarapan, makan tengah hari dan makan malam disediakan,” katanya.

MOHD Faizal Akup, 38 tahun.

Bagi Mohd Faizal Akup, 38, beliau mengetahui kejadian banjir ketika sedang berniaga di Kota Samarahan sebelum bergegas pulang ke rumah keluarganya.

“Saya dimaklumkan air akan naik, jadi kami cepat-cepat menghabiskan jualan dan pulang. Sekitar 1.30 pagi, air di parit sudah penuh dan hampir melimpah ke daratan,” katanya.

Beliau berkata keluarganya segera mengemas dan menyelamatkan barang dengan meletakkannya di tempat tinggi sebelum air memasuki rumah mertuanya.

“Apabila air semakin naik dan tidak sempat berbuat apa-apa, kami berpindah ke PPS sekitar 5.30 pagi. Namun menjelang tengah hari, barang yang diletakkan di tempat tinggi juga tenggelam,” katanya.

Mohd Faizal berkata keadaan di PPS setakat ini memuaskan dengan kemudahan tandas yang ditambah baik serta bekalan makanan dan minuman yang mencukupi.

“Sejak 2012, kami sekeluarga sudah beberapa kali menghadapi banjir. Ada tahun yang tidak banjir, ada juga yang berlaku dua kali setahun. Untuk PPS ini, saya rasa sudah lima atau enam kali kami berpindah,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JBPM Padungan laksana rondaan kawasan berisiko banjir di pusat bandar
Next: Zon merah banjir: Penduduk Serian ambil langkah berjaga-jaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.