Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Isu telefon pintar, antara disiplin dan keperluan pelajar
  • SEMASA

Eksklusif: Isu telefon pintar, antara disiplin dan keperluan pelajar

Utusan Sarawak 7 hours ago
RUSDI Mohammad. Foto Earl Anek

SARIKEI: Cadangan kabinet untuk melarang penggunaan telefon pintar bagi pelajar berumur 16 tahun ke bawah menerima pelbagai pandangan daripada masyarakat, termasuk ibubapa dan pelajar yang melihatnya dari sudut keselamatan dan tumpuan belajar.

Rusdi Mohammad, 49, berpendapat langkah mengehadkan penggunaan telefon pintar kepada pelajar bawah 16 tahun wajar dilaksanakan bagi mengelakkan mereka daripada leka ketika waktu persekolahan.

“Pada pandangan saya sebagai ibu bapa, bagi pelajar berumur 16 tahun ke bawah yang mempunyai telefon pintar, saya berpendapat lebih sesuai sebenarnya untuk pelajar-pelajar menggunakan telefon pintar semasa cuti persekolahan.

“Sekiranya perlu untuk pengunaan telefon pintar, hanya dipantau oleh ibubapa untuk matapelajaran yang mereka perlukan di sekolah.

“Ini disebabkan sekiranya didedahkan dengan terlalu banyak penggunaan telefon pintar di sekolah, ia akan menjejaskan prestasi mereka. 

“Contohnya, mereka akan leka untuk bermain permainan-permainan yang terdapat di telefon pintar pada masa kini,” katanya ketika ditemu bual Utusan Sarawak di Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Sarikei, hari ini. 

Katanya, penggunaan telefon pintar akan menjejaskan prestasi para pelajar. 

“Jadi, saya sebagai ibubapa berpendapat lebih elok sekiranya penggunaan telefon pintar dihadkan penggunaannya. 

“Contohnya, waktu sesi persekolahan, dihadkan satu jam ataupun dua jam untuk melepaskan tekanan termasuk untuk pelajaran, manakala sewaktu cuti persekolahan mereka dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar,” katanya. 

LIONG Fook Ang. Foto Earl Anek

Sementara itu, Liong Fook Ang, 17, pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah (SM) Ming Lik bersetuju bahawa pelajar bawah 16 tahun boleh memiliki telefon pintar, namun perlu ada kawalan daripada guru dan ibu bapa.

“Saya bersetuju pelajar 16 tahun ke bawah boleh mempunyai telefon pintar untuk mencari maklumat apabila belajar. 

“Kalau mereka hendak membawa telefon pintar pergi sekolah, guru-guru boleh mengawal atau membantu menyimpan telefon pintar mereka sehingga mereka memerlukan telefon pintar (untuk pembelajaran). 

“Bagi ibubapa, untuk mengelakkan anak-anak berumur 16 tahun ke bawah menggunakan telefon pintar bermain permainan video secara berlebihan, mereka boleh memantau anak-anak mereka di rumah serta memastikan telefon pintar digunakan untuk tujuan pembelajaran,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kuching Selatan sertai Mesyuarat Kumpulan Pakar Teknologi Alam Sekitar UN-Habitat di Nagoya
Next: PRS: Saingan rebut jawatan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda jadi tumpuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.