Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Harga meningkat tidak luntur semangat warga Kuching buat persiapan raya
  • Selatan
  • WILAYAH

Eksklusif: Harga meningkat tidak luntur semangat warga Kuching buat persiapan raya

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUHADA, 42, dari Kampung Paya Mebi, membeli ayam dan bahan asas lain bagi persiapan Aidilfitri di pasar raya Batu 7, di Kuching hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Peningkatan harga barangan tidak menghalang orang ramai untuk terus membuat persiapan Aidilfitri dalam tinjauan Utusan Sarawak di sebuah pasar raya di Batu 7, di sini, hari ini.

Rata-rata pengunjung dilihat membeli barangan keperluan asas seperti ayam, sayur-sayuran serta bahan masakan lain bagi memastikan kelengkapan sambutan bersama keluarga mencukupi.

Seorang pengunjung, Suhada, 42, dari Kampung Paya Mebi, berkata beliau tetap membeli barangan asas seperti ayam, sayur-sayuran serta lemang dan ketupat setiap kali menjelang raya.

MISYADI (kanan), 38, dari Bau, mengatur belanjanya sambil memilih barangan keperluan asas, walaupun berdepan peningkatan kos. Foto Adele Rissa

Menurutnya, walaupun terdapat sedikit peningkatan perbelanjaan berbanding tahun lalu, beliau masih mampu mengawal bajet dengan merancang perbelanjaan sebaik mungkin.

“Untuk berjimat, saya akan mengatur bajet walaupun agak mencabar. Biasanya saya juga membuat persiapan pada saat akhir,” katanya.

Beliau menambah, perkara paling penting adalah dapat berkumpul bersama ahli keluarga dan saudara-mara, terutama yang sudah lama tidak berjumpa.

Sementara itu, Misyadi, 38, dari Bau, berkata beliau turut membuat persiapan secara sederhana dengan membeli barangan keperluan asas sahaja.

“Perbelanjaan tahun ini meningkat sedikit berbanding tahun lepas, jadi saya cuba berjimat dengan membeli mengikut keperluan sahaja,” ujarnya.

SUASANA pasar raya menjadi semakin sibuk dengan orang ramai membuat persiapan akhir bagi menyambut Aidilfitri, esok. Foto Adele Rissa

Beliau berkata beliau lebih cenderung membuat persiapan sebaiknya seminggu awal, namun tetap mengutamakan sambutan bersama keluarga.

Seorang lagi pengunjung yang enggan dikenali berkata beliau turut mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan hanya membeli barangan penting.

“Walaupun harga meningkat, saya tetap beli keperluan asas seperti ayam dan bahan masakan untuk keluarga,” katanya.

Tinjauan turut mendapati suasana di pasar raya berkenaan semakin sibuk dengan troli dipenuhi barangan, mencerminkan keterujaan orang ramai membuat persiapan akhir bagi menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Gelanggang futsal Rumah Utul siap, pacu pembangunan belia luar bandar
Next: Kerjasama ibu bapa, guru kunci kecemerlangan pendidikan di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.