Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Gira sedia berdepan calon lain rebut jawatan Ketua Pemuda PRS
  • SEMASA

Eksklusif: Gira sedia berdepan calon lain rebut jawatan Ketua Pemuda PRS

Utusan Sarawak 21 hours ago

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, menyatakan kesediaannya untuk berdepan calon lain bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada mesyuarat Tiga Tahun Sekali (TDC) parti itu, yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober ini.

Menurut Gira, kesediaannya itu hadir selepas penyandang jawatan, Datuk Snowdan Lawan, mengumumkan tidak akan mempertahankannya pada pemilihan kali ini.

“Apabila YB Datuk Snowdan mengumumkan tidak mempertahankan jawatan, beberapa pemimpin parti telah mencalonkan nama saya. 

“Saya dengan rendah hati menerima pencalonan tersebut dan bersedia menawarkan khidmat serta dedikasi kepada sayap Pemuda parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga nama sudah menyatakan minat untuk turut merebut jawatan Ketua Pemuda PRS termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon.

Gira yang juga Ahli Majlis Tertinggi PRS pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Penerangan parti, sekali gus memberi beliau pengalaman dalam memimpin dan mengurus sayap Pemuda. 

Menyentuh keperluan mendapatkan sekurang-kurangnya lapan pencalonan bahagian untuk melayakkan diri bertanding, beliau berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan bahagian masing-masing.

“Saya percaya untuk memberi kebebasan kepada bahagian-bahagian membuat keputusan mengenai calon yang paling sesuai. Akhirnya, suara dan keyakinan mereka adalah yang paling penting,” katanya.

Menurutnya lagi, perwakilan parti diyakini cukup matang dan bijak menilai kemampuan calon, selain mampu membuat pilihan tepat demi memastikan kesinambungan kepimpinan Pemuda PRS.

Mengulas mengenai misi dan visi sekiranya diberikan mandat, Gira menegaskan beliau mahu memperkukuh peranan golongan muda dalam parti dan memberi sumbangan positif kepada pembangunan Sarawak.

Antara agenda yang ingin dibawanya termasuk memupuk kepimpinan belia dalam PRS, menyediakan latihan politik serta bimbingan, memperkasa ahli Pemuda untuk menjadi suara berpengaruh, serta membekalkan mereka dengan kemahiran praktikal dan literasi digital bagi menghadapi cabaran masa kini.

Beliau juga mahu mempromosikan nilai-nilai parti selaras dengan visi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta menyokong agenda pembangunan kerajaan negeri, khususnya dalam usaha meningkatkan taraf hidup komuniti Dayak di seluruh negeri.

“Peranan golongan belia dan pemuda sangat penting dalam membawa aspirasi parti ke hadapan. Kita perlu memastikan generasi muda tidak hanya menjadi pemerhati, tetapi turut menjadi penggerak pembangunan,” katanya.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar hasil 500,000 tan beras, MARDI digerak perkasa benih tempatan
Next: Sarawak fokus inovasi, tenaga bersih dalam sektor laut dalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.