Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Eksklusif: Ernie Diana anggap kritikan sebagai batu loncatan
  • HIBURAN

Eksklusif: Ernie Diana anggap kritikan sebagai batu loncatan

Utusan Sarawak 19 hours ago
ERNIE Diana.

KOTA SAMARAHAN: Bagi penyanyi Ernie Diana, perjalanan seni yang bermula secara tidak sengaja sejak 2013 kini membawanya menjadi antara nama yang terus mewarnai industri muzik tempatan, khususnya di Sarawak.

Segalanya bermula apabila beliau menemani rakannya Ricky menghadiri ujibakat Starquest DAMA 2013. Tidak menyangka turut diajak serta, langkah pertama itu membuka jalan untuknya berkenalan dengan ramai penggiat seni.

ERNIE Diana.

Malah, penyanyi dan komposer Kenny Hugh kemudiannya menawarkan beliau untuk menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Suba Lain Diatu Lain yang mula diputarkan di corong radio pada Mei 2015.

Lagu itu kemudiannya dimasukkan ke dalam album kompilasi 4 Sada Nyawa bersama Eric Abang, Krisberne Fowler dan Jacob Ressa yang diterbitkan Irama Music Production pada September 2016. Sejak itu, Ernie mula aktif membuat persembahan di Sarawak dan Semenanjung.

ERNIE Diana.

“Mak saya adalah insan paling banyak memberi dorongan untuk terus menyanyi. Tidak lupa juga rakan-rakan yang mahu melihat saya berjaya,” ujar Ernie yang kini telah merakamkan 17 lagu dalam bahasa Iban dan Melayu, termasuk karya duet serta berkumpulan.

Antara lagu yang pernah diterbitkan termasuk Segelas Tuak Bekelala Ba Hari Gawai (2015), Ria Aidilfitri (2016), Goyang Kanan Kiri (2018), Badu Ngiga (Kasamsey) (2019), Pengerindu Semalam Aja (2021), Ambu (2018), Bujang Kaki Kelintung (2023), dan Bujang Lawa (2024).

ERNIE Diana.

Namun perjalanan seni ini tidak semuanya mudah. Ernie pernah berdepan kritikan yang mengatakan dirinya tidak layak bergelar penyanyi. “Kritikan itu tidak melemahkan saya, malah membuatkan saya lebih berusaha memperbaiki diri,” jelasnya.

Meskipun sibuk dengan kerjaya hakiki, beliau tetap mampu mengimbangi bidang seni dengan hanya menerima undangan persembahan hujung minggu.

Ernie juga menjadikan pengalaman sendiri sebagai inspirasi dalam penulisan lirik, sambil menekankan pentingnya mengekalkan identiti tanpa meniru gaya orang lain.

Ditanya mengenai idola, Ernie menyifatkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai inspirasi terbesar kerana keupayaan legenda itu dalam pelbagai cabang seni.

Pencapaian paling bermakna baginya ialah apabila lagu Goyang Kanan Kiri berjaya menembusi pasaran Indonesia, sesuatu yang cukup membanggakan keluarga. “Saya tidak mengejar anugerah, cukup sekadar karya saya diterima dan terus diingati,” katanya.

ERNIE Diana.

Bagi Ernie, kejayaan sebenar bukan pada trofi atau jutaan tontonan di YouTube, tetapi bagaimana seseorang artis mampu kekal relevan serta lagunya masih didengar meskipun selepas ketiadaan.

Menutup bicara, Ernie berharap lagu-lagunya suatu hari nanti menjadi karya abadi yang sentiasa dekat di hati masyarakat. 

Pesannya kepada bakat baharu: “Jangan kejar populariti, sebaliknya hasilkan karya berkualiti yang boleh diperingati. Perbaiki diri, jauhi kontroversi, dan jadilah artis yang dihormati.”

Oleh Norman B.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Hafiz Suip
Next: Fan Bingbing kagum aura Siti Nurhaliza, mahu belajar lagu Melayu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.