Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Dokumen tak lengkap punca permohonan Bantuan Ibu Bersalin ambil masa diproses – Fatimah
  • SEMASA

Eksklusif: Dokumen tak lengkap punca permohonan Bantuan Ibu Bersalin ambil masa diproses – Fatimah

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto Fail

SARIKEI: Dokumen tidak lengkap, percanggahan maklumat dan keperluan pengesahan tambahan antara faktor yang boleh menyebabkan permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) mengambil masa lebih lama untuk diproses, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu berkata memang benar tempoh pemprosesan permohonan BIB yang berjaya dikurangkan daripada kira-kira tiga bulan kepada sekitar dua minggu tetapi ia hanya terpakai kepada permohonan yang mudah, lengkap, memenuhi semua syarat kelayakan dan tidak memerlukan pengesahan tambahan.

“Bagaimanapun, setiap permohonan adalah unik dan mungkin melibatkan isu yang berbeza seperti dokumen tidak lengkap, percanggahan maklumat yang diberikan, keperluan pengesahan, atau perkara lain yang memerlukan semakan lanjut.

“Oleh itu, sesetengah permohonan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diproses bergantung kepada kerumitan kes,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen netizen di Facebook Utusan Sarawak susulan laporan bertajuk “Proses Bantuan Ibu Bersalin (BIB) kini dipendekkan kepada dua minggu sahaja” yang disiarkan semalam.

Berikutan itu, orang ramai menerima baik langkah sedemikian tetapi sebahagian netizen meluahkan rasa kecewa kerana masih belum menerima bantuan walaupun permohonan telah dibuat beberapa bulan lalu.

Malah, ada netizen yang memaklumkan status permohonan mereka masih berada pada peringkat semakan, manakala sebahagian lagi mendakwa belum menerima sebarang perkembangan berkaitan permohonan yang dikemukakan.

Mengulas lanjut, Fatimah meminta pemohon yang masih belum menerima bayaran atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status permohonan masing-masing supaya menghubungi Sekretariat BIB bagi membolehkan semakan dibuat.

“Pemohon yang masih belum menerima bayaran atau ingin membuat pertanyaan mengenai status permohonan mereka digalakkan untuk menghubungi Sekretariat BIB melalui WhatsApp di 014-6881398 dan menyediakan maklumat berikut iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor rujukan permohonan,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa mengambil serius setiap maklum balas yang diterima daripada rakyat dan komited untuk memastikan segala aduan serta pertanyaan berkaitan bantuan tersebut supaya ditangani secepat mungkin.

“Kementerian kekal komited untuk menyemak dan menangani setiap kes yang dibawa kepada perhatian kami secepat mungkin. 

“Kami menghargai kesabaran dan kerjasama anda dalam usaha kami untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: AEON Credit didenda RM520,000 kerana gagal patuhi keperluan TFS – BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.