Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Demi kasih sayang, perjalanan jauh tidak jadi halangan sambut Krismas
  • TEMPATAN

Eksklusif: Demi kasih sayang, perjalanan jauh tidak jadi halangan sambut Krismas

Utusan Sarawak 4 hours ago
Nor Myyasara Mohd Isa, 18 tahun.

KUCHING: Walaupun cuti singkat dan perjalanan jauh perlu ditempuh, semangat untuk berkumpul bersama keluarga mendorong orang ramai pulang ke kampung halaman sempena sambutan Krismas, seperti yang dapat dilihat di Terminal Bas Kuching Sentral yang dipenuhi penumpang hari ini.

Bagi Nor Myyasara Mohd Isa, 18, yang berasal dari Sibu, perjalanan ke Kuching dan seterusnya ke Bau bukan sekadar rutin perayaan, sebaliknya satu usaha untuk menghargai insan tersayang. 

“Saya ambil cuti lima hari sahaja, tetapi tetap sanggup balik walaupun jauh kerana nak sambut krismas dengan satu-satunya nenek yang masih ada.

“Jadi saya mahu menghargai masa yang ada bersama nenek saya dan keluarga yang lain,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak di Kuching Sentral.

Nor Myyasara turut berkata sambutan Krismas memberi makna mendalam kerana menjadi ruang untuk merapatkan silaturahim dan berkumpul bersama keluarga, meskipun latar belakang keluarga berbeza budaya, dengan neneknya berketurunan Iban-Bidayuh.

Diana Thaddeus, 42 tahun bersama keluarga.

Sementara itu, Diana Thaddeus, 42, seorang jururawat yang menetap di Sandakan, Sabah, sanggup menempuhi perjalanan merentas negeri demi membawa keluarganya menyambut Krismas di Sri Aman.

Menurut Diana, beliau bersama enam ahli keluarga lain tiba di Kuching melalui penerbangan pada 22 Disember sebelum meneruskan perjalanan menaiki bas ke Sri Aman untuk bertemu keluarga mentua dan ipar-duai.

“Saya cuti dari 22 Disember hingga 5 Januari. Anak-anak sudah lama tidak bertemu keluarga di Sri Aman. 

“Suami saya orang Iban di Sri Aman. Setahun kami tidak pulang ke Sri Aman, jadi Krismas ini peluang untuk kami berkumpul semula.

“Makna Krismas bagi saya adalah masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang jarang dapat diluangkan bersama akibat jarak dan komitmen kerja,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perutusan: Semangat perpaduan teras masa depan Sarawak
Next: Bazar Ramadan Nyabor antara perancangan LAKIN menjelang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.