Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Dari sentuhan tangan ke hati pelanggan, dulang cincin Borneo jadi pilihan terkini
  • INSPIRASI

Eksklusif: Dari sentuhan tangan ke hati pelanggan, dulang cincin Borneo jadi pilihan terkini

Utusan Sarawak 19 hours ago
HASIL kerja tangan Cherlyn.

KUCHING: Dulang cincin merupakan salah satu elemen tradisi dalam adat perkahwinan Melayu yang digunakan untuk meletakkan cincin tanda, cincin merisik atau cincin pertunangan. 

Sejak zaman dahulu, dulang ini menjadi simbol kesungguhan pihak lelaki dan permulaan ikatan antara dua keluarga. 

Dalam majlis perkahwinan masa kini, dulang cincin bukan sahaja berfungsi sebagai media simbolik, tetapi juga sebagai elemen dekorasi yang memperlihatkan identiti budaya pengantin.

CHERLYN Edison, 24, jurusolek berbakat dalam penghasilan dulang cincin tempahan khas.

Menyedari kelompongan pasaran tersebut di Kuching, seorang jurusolek berusia 24 tahun, Cherlyn Edison, tampil mengusahakan perniagaan pembuatan dulang cincin khas sejak Oktober 2024. 

Cherlyn berkata idea tersebut tercetus apabila beliau mendapati kebanyakan penyedia perkhidmatan perkahwinan hanya menawarkan dulang cincin biasa tanpa sentuhan budaya tempatan.

“Saya perasan tidak banyak yang menyediakan servis membuat dulang cincin bertemakan motif Borneo, khususnya corak batik Iban dan motif baju Bidayuh yang kini semakin mendapat permintaan. 

“Dari situ timbulnya ilham saya untuk memulakan perniagaan ini bagi memudahkan pasangan pengantin mendapatkan dulang cincin yang lebih unik,” katanya.

Cherlyn memilih untuk menceburi bidang pembuatan dulang cincin kerana servis ini masih jarang ditemui di kawasan Kuching, Siburan dan Samarahan. 

HASIL kerja tangan Cherlyn.

Menurutnya, bidang lain dalam industri perkahwinan biasanya sudah tersedia dalam pakej lengkap butik pengantin, tetapi dulang cincin bertemakan motif Borneo kurang mendapat perhatian peniaga.

Jenis-jenis dulang cincin yang disediakan Cherlyn menampilkan unsur-unsur tradisional Borneo, termasuk corak kain batik Iban dan motif baju Bidayuh. 

Selain itu, beliau juga menerima tempahan khas berdasarkan permintaan pelanggan. Kesemua dulang cincin yang dihasilkan adalah hasil kerja tangan sendiri, memberikan sentuhan peribadi kepada setiap produk.

“Apabila saya melihat pasaran yang hanya mengutamakan pembuatan dulang cincin biasa, saya terinspirasi untuk mewujudkan dulang cincin yang lebih pelbagai. 

“Penyediaan dulang cincin bertemakan motif Borneo juga terhad dan susah untuk didapati di kawasan Kuching. Oleh sebab itu, saya ingin memulakan perniagaan ini bagi memudahkan urusan para pelanggan,” tambahnya.

Proses tempahan biasanya dilakukan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp, dan perniagaan dulang cincin ini beroperasi sepenuhnya melalui platform tersebut. 

Pelanggan Cherlyn kebanyakannya pasangan muda yang baru merancang perkahwinan, dan beliau turut membekalkan dulang cincin kepada butik pengantin tempat beliau bekerja mengikut permintaan.

HASIL kerja tangan Cherlyn.

Selain fokus pada perniagaan dulang cincin, Cherlyn juga telah menambah produk lain seperti bunga tangan dan merancang untuk mengembangkan lagi produk jualan termasuk set hantaran lengkap. 

Walau bagaimanapun, dekorasi pelamin tidak termasuk dalam perancangan masa hadapan.

Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, Cherlyn menasihatkan agar tidak mudah berputus asa. 

“Cabaran seperti pesaing yang ramai dalam sesuatu bidang adalah pasti dalam sesebuah perniagaan. 

“Namun, yang paling penting adalah hasrat dan keinginan yang kuat untuk menceburi bidang perniagaan,” nasihat beliau.

Oleh Amanda L.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Dari padang ke gelanggang, anak muda Simanggang kejar impian tinju
Next: Pendaki Nepal catat sejarah dengan 50 pendakian melebihi 8,000 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.