Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Dari bilik darjah ke kebun, demi komuniti dan alam – Michael Taha
  • INSPIRASI

Eksklusif: Dari bilik darjah ke kebun, demi komuniti dan alam – Michael Taha

Utusan Sarawak 2 days ago
MICHAEL Taha, 75, bekas guru sekolah menengah.

KUCHING: Bekas guru sekolah menengah, Michael Taha, 75, memilih untuk meninggalkan profesion perguruan pada usia 32 tahun demi mengejar minatnya dalam bidang pertanian dan hortikultur.

Beliau kemudian melibatkan diri dengan perniagaan landskap yang masih diceburinya sehingga kini.

Michael yang pernah berkhidmat sebagai guru di Limbang, Kanowit dan Maktab Perguruan Batu Lintang membuat keputusan itu bukan sekadar untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada keinginan menambah nilai kepada komuniti dan menghijaukan persekitaran bandar.

“Kuching sebenarnya sudah cantik, tetapi boleh jadi lebih indah. Tumbuhan bukan sahaja mencantikkan persekitaran, tetapi juga memberi kesan terapeutik kepada manusia. Melihat pokok pun boleh buat hati tenang,” jelasnya ketika ditemui Utusan Sarawak di Pasar Petani Semula Jadi Kuching.

Kini, Michael bukan sahaja menjalankan projek landskap di Kuching, Miri dan juga Brunei, tetapi turut menumpukan perhatian kepada komuniti pedalaman termasuk masyarakat Penan. 

Usahanya kini lebih tertumpu kepada memberi pendidikan mengenai makanan berkhasiat serta teknik pertanian yang betul.

“Masyarakat Penan memiliki tanah yang luas dan sikap rajin bekerja, namun masih kurang pengetahuan mengenai cara pemakanan seimbang serta teknik tanaman yang sistematik.

“Dulu mereka banyak makan daging sehingga umur purata hanya sekitar 45 hingga 50 tahun. 

“Jadi saya cuba ajar mereka makan sayur-sayuran dan tanam buah di setiap rumah. Sekurang-kurangnya ada sumber makanan sihat untuk keluarga,” ujarnya.

Michael turut meluangkan masa mendidik masyarakat lain termasuk Melayu, Iban, Melanau, Kayan dan Cina yang juga memerlukan bimbingan asas pertanian. 

Baginya, ilmu yang dikongsi tidak seharusnya terhad kepada satu kaum, sebaliknya harus dipanjangkan demi manfaat bersama.

“Bila kita muda, kita fikirkan tentang wang, rumah, keluarga. Tapi bila sudah berusia, kita kena fikir apa sumbangan kita kepada masyarakat. 

“Jangan hanya duduk di rumah menonton TV selepas bersara, sebaliknya turun padang dan gunakan ilmu yang ada untuk bantu orang lain,” katanya.

Walaupun sudah banyak keluarga dan komuniti yang dibantunya, Michael mengakui tidak pernah mengira jumlah sebenar kerana baginya kepuasan sebenar adalah apabila melihat tanaman yang ditanam oleh mereka mula berbuah.

“Tak perlu ucapan terima kasih. Bila nampak pokok yang mereka tanam hasilkan buah, itu sudah cukup membahagiakan. Itu hasil ilmu yang kita kongsi, dan ia mampu mengubah kehidupan mereka,” katanya dengan senyuman santai.

Oleh Masrin Affirah

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Gelaran Laja milik Samuel
Next: Eksklusif: Bukan sekadar ratu, Avril Lavigne Siang angkat nadi budaya Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.