Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Cuaca hujan, peniaga dabai tetap bertahan di tebingan Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Eksklusif: Cuaca hujan, peniaga dabai tetap bertahan di tebingan Sarikei

Utusan Sarawak 8 hours ago
BUAH DABAI….Lau menunjukkan buah dabai yang dijual di gerai buah-buahannya.

SARlKEI: Hujan berterusan menyebabkan kawasan jualan buah-buahan di tebingan Sarikei kelihatan lengang walaupun musim dabai kini berada pada puncaknya.

Tinjauan Utusan Sarawak sekitar 2.45 petang hingga 3.45 petang tadi mendapati peniaga kekal meneruskan jualan walaupun berlindung di bawah kanopi dan payung besar bagi mengelakkan stok basah akibat tempias hujan.

Selain dabai, pelbagai buah tempatan turut dijual termasuk durian, langsat, ciku dan pelbagai buah-buahan tempatan lain melengkapkan suasana tradisi jualan buah bermusim di tebingan sungai.

LUNAK….Buah dabai berharga RM28 sekilo ini kelihatan lunak dan segar.

Walaupun tiada kod QR dipamerkan secara terbuka di gerai, sebahagian peniaga menyediakan kemudahan pembayaran digital terus melalui skrin telefon mereka, membolehkan pelanggan mengimbas dan membuat pembayaran tanpa tunai secara pantas.

Salah seorang peniaga dabai yang dikenali sebagai Lau, berumur 37 tahun, berkata dia menunjukkan kod QR kepada pembeli yang ingin membeli menggunakan kaedah tanpa pembayaran tunai.

“Ia lebih senang digunakan untuk berurusan sekiranya ada yang ingin menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.

“Tambahan pula, sekarang juga musim hujan dan lebih senang dan cepat jika menggunakan kaedah ini,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

Kemudahan ini dilihat selari dengan perubahan tabiat transaksi pengguna, khususnya ketika cuaca tidak mengizinkan.

Harga dabai pada musim ini berada dalam lingkungan RM15 hingga RM40 sekilogram, bergantung kepada kategori dan kualiti.

Dabai kampung ditawarkan pada kadar lebih rendah, manakala varian premium seperti Dabai Song terus menjadi pilihan popular kerana tekstur lebih lembut serta rasa berlemak yang menjadi tarikan utama masyarakat setempat.

Kehadiran pengunjung pada petang ini jauh lebih rendah berbanding hari-hari sebelumnya.

PELBAGAI PILIHAN…..Antara gerai yang menjual buah-buahan tempatan di tebingan Sarikei.

Kebanyakan pembeli hanya singgah membeli secara cepat sebelum kembali ke kenderaan, dipercayai bagi mengelakkan basah dan kesukaran meletak kenderaan di kawasan tepi tebingan ketika hujan.

Walaupun suasana kelihatan suram, peniaga tetap membuka gerai kerana musim buah-buahan dianggap peluang rezeki yang datang hanya sekali setahun.

Sekiranya stok tidak habis dijual, kualiti dan kesegaran buah akan terjejas sekali gus memberi implikasi kepada hasil harian.

Sebahagian peniaga turut memanfaatkan pesanan awal menerusi panggilan telefon, aplikasi WhatsApp dan media sosial seperti Facebook untuk mengurus tempahan dan memendekkan masa interaksi fizikal dengan pelanggan.

Pendekatan ini semakin menjadi norma baharu terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

SUASANA LENGANG…..Hujan berterusan mengakibatkan suasana lengang di tebingan Sarikei.

Tebingan Sarikei terus menjadi titik singgah bermusim kerana lokasinya strategik di tepi Sungai Rajang dan identiti komuniti perniagaan kecil yang hanya muncul ketika musim buah tiba.

Walaupun hujan mengurangkan pergerakan hari ini, peniaga berharap cuaca kembali cerah menjelang hujung minggu agar jumlah kunjungan meningkat dan memastikan musim buah tahun ini memberikan pulangan yang setimpal dengan usaha mereka.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Chiew Choon Man komited terus perjuang pembangunan dan kebajikan rakyat Miri
Next: Bomba berjaya selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta berkunci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.