Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Buaya kerap muncul di Waterfront kerana diberi makan, buang sampah, sisa makanan ke sungai – dakwa aktivis
  • Selatan
  • WILAYAH

Eksklusif: Buaya kerap muncul di Waterfront kerana diberi makan, buang sampah, sisa makanan ke sungai – dakwa aktivis

Utusan Sarawak 2 hours ago
  TIN makanan yang diikat pada pagar di Tebingan Kuching dipercayai digunakan sebagai umpan untuk memberi makan kepada buaya, sekali gus mengundang kehadiran reptilia itu ke kawasan tumpuan awam. Foto ihsan Francis Chai

KUCHING: Kehadiran buaya yang semakin kerap dilihat di sekitar Tebingan Kuching dipercayai berpunca daripada tindakan segelintir individu yang sengaja memberi makanan kepada reptilia itu sejak beberapa minggu lalu.

Pengasas Sarawak Crocter, Francis Chai berkata, beliau telah berulang kali mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang sisa makanan ke sungai atau memberi makan kepada buaya kerana tindakan itu akan menyebabkan haiwan berkenaan kembali ke lokasi sama.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan tidak wajar dipersalahkan kerana masing-masing telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memastikan kebersihan dan keselamatan kawasan tersebut.

“Saya sudah banyak kali pesan jangan bagi buaya makan. Sebab itulah buaya datang. Ada orang yang tidak bertanggungjawab sengaja bagi makan kepada buaya itu.

“Jangan salahkan DBKU, MBKS atau SFC. Mereka sudah buat kerja masing-masing, tetapi orang awam pula tidak memberi kerjasama,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Beliau berkata, tindakan membuang sampah atau sisa makanan ke sungai turut menjadi faktor yang menarik kehadiran buaya ke kawasan yang sering dikunjungi orang ramai.

“Saya sudah pesan jangan buang sampah ke sungai dan jangan bagi makan buaya. Kalau tidak, memang ia akan datang.

“Macam mana hendak atasi masalah ini kalau ada pihak yang tidak memberi kerjasama? Jangan salahkan orang lain sedangkan ada yang sengaja mengundang kehadiran buaya dengan memberi makan kepadanya,” tegas beliau.

Francis turut meluahkan rasa hairan apabila buaya semakin kerap dilihat di bawah kawasan Masjid Terapung sebelum mengetahui terdapat individu yang dipercayai meletakkan makanan sebagai umpan.

Beliau berkata demikian susulan penularan beberapa gambar yang menunjukkan tin makanan diikat pada pagar Tebingan Kuching, dipercayai digunakan untuk memberi makan kepada buaya di kawasan berkenaan.

Katanya, amalan tersebut bukan sahaja mengubah tingkah laku semula jadi buaya, malah boleh meningkatkan risiko keselamatan kepada orang awam yang berkunjung ke kawasan tebingan sungai itu.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 75 warga IPD Lawas sertai Latihan Gemparan Api bagi Tahun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.