Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Eksklusif: Anak Sarawak, Mohd Iezlan tawan gelanggang Kejohanan Silat Kebangsaan
  • SUKAN

Eksklusif: Anak Sarawak, Mohd Iezlan tawan gelanggang Kejohanan Silat Kebangsaan

Utusan Sarawak 4 days ago
SILAT… Gaya tangkas Mohd Iezlan ketika beraksi di gelanggang sebelum muncul juara Putra A pada Kejohanan Silat Kebangsaan Terbuka Tangkak dan Jemputan Antarabangsa 2025 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Tangkak, Johor Darul Takzim baru-baru ini.

KUCHING: Anak jati Sarawak tampil juara, sekali gus mengharumkan nama negeri apabila Mohd Iezlan Mohd Hasromia, 18, menjuarai kategori Putra A di Kejohanan Silat Kebangsaan Terbuka Tangkak dan Jemputan Antarabangsa 2025 yang berlangsung Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Tangkak, Johor Darul Takzim baru-baru ini.

Kejayaan anak muda ini membuktikan bahawa kerja keras dan pengorbanan sejak kecil mampu membuahkan hasil di pentas besar.

“Saya mula berlatih dari kecil, ikut keluarga. Ayah saya sendiri jurulatih saya dan dia merupakan sumber inspirasi saya,” kata Iezlan ketika ditemui Utusan Sarawak di sini, semalam.

SILAT… Mohd Iezlan Mohd Hasromia, 18, juara kategori Putra A di Kejohanan Silat Kebangsaan Terbuka Tangkak dan Jemputan Antarabangsa 2025 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Tangkak, Johor Darul Takzim baru-baru ini.

Perjalanan menuju gelaran juara bukanlah mudah. Aksi sulungnya menyaksikan dia tewas kerana gugup berdepan dengan suasana pertandingan. Namun, kekalahan tersebut menjadi titik tolok untuk Iezlan terus bangkit.

“Pertama kali saya di gelanggang, saya pernah kalah dan hendak putus asa sebab kecewa tetapi saya fikir balik kalau putus asa apa yang saya dapat kerana masih awal dan saya masih muda. 

“Saya berlatih tanpa henti dan Alhamdulillah hasilnya tercapai. Kini, saya melangkah sebagai juara di Tangkak dengan harapan lebih besar untuk masa depan. 

“Saya mahu wakili Malaysia dan jadi nombor satu. Saya mahu banggakan negara dan juga ibu bapa saya.” jelasnya.

SILAT… Gaya tangkas Mohd Iezlan ketika beraksi di gelanggang sebelum muncul juara Putra A pada Kejohanan Silat Kebangsaan Terbuka Tangkak dan Jemputan Antarabangsa 2025 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Tangkak, Johor Darul Takzim baru-baru ini.

Bagi Iezlan, silat bukan sekadar seni bela diri, sebaliknya cara hidup yang menuntut disiplin serta pengorbanan masa.

“Sejak kecil saya banyak berkorban, termasuk masa belajar dan masa remaja untuk berlatih. Sekarang saya sudah pandai seimbangkan keduanya, belajar dan silat sama-sama jalan dengan seimbang.

“Lebih daripada sekadar gerak tempur, silat bagi saya dapat mendidik jiwa. Silat ajar saya disiplin dan kawalan diri. Ia untuk mempertahankan diri, bukan untuk membuli orang.

“Saya berharap anak muda di luar sana melibatkan diri dengan silat atau mana-mana seni mempertahankan diri. Kalau minat, teruskan. Jangan hanya leka dengan gajet kerana silat boleh jadi jalan untuk bina disiplin dan harga diri,” tegasnya.

SILAT… Mohd Iezlan Mohd Hasromia, 18, juara kategori Putra A di Kejohanan Silat Kebangsaan Terbuka Tangkak dan Jemputan Antarabangsa 2025 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Tangkak, Johor Darul Takzim baru-baru ini.

Kemenangan Mohd Iezlan di Tangkak bukan sahaja mengangkat nama Sarawak, tetapi juga membuka lembaran baharu buat dirinya dalam perjalanan menuju pentas dunia.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak dominasi acara olahraga Sukan Borneo 2025
Next: Senaraikan semula Neymar ke Piala Dunia, kata Ronaldo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.