Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Eksklusif: Abe Espeng bakal memikat selera pengunjung Pesta Benak 2025
  • BISNES

Eksklusif: Abe Espeng bakal memikat selera pengunjung Pesta Benak 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
GERAI Abe Espeng bakal menemui pengunjung pada Pesta Benak 2025 yang berlangsung di Gerai MPUB di Tebingan Sri Aman, mulai minggu depan. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Aroma kopi pekat dan teh istimewa hasil tangan Abe Espeng bakal memikat selera pengunjung Pesta Benak 2025 yang berlangsung di Gerai Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian (MPUB) di Tebingan Sri Aman, mulai minggu depan.

Tahun ini, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pesta unik fenomena benak, malah berpeluang merasai minuman istimewa ciptaan tempatan yang semakin mendapat tempat di hati ramai.

Gerai Abe Espeng di Simanggang terkenal dengan pelbagai pilihan minuman hasil kreativiti sendiri. Antara menu kegemaran pelanggan termasuk kopi, coklat, mocha, buttercream, latte, vanilla, teh espeng, coklat espeng serta minuman ikat tepi yang menjadi tarikan tersendiri.

PENGUSAHANYA, Muhammad Fardzimi Jahiri memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan beberapa tahun lalu di beberapa tapak jualan sekitar Bandar Simanggang. Foto: Adi Safarman

Menurut pengusahanya, Muhammad Fardzimi Jahiri, 44, idea menghasilkan minuman berasaskan kopi dan teh ini tercetus daripada minatnya yang mendalam terhadap dunia minuman serta keinginan untuk mencipta rasa berbeza daripada yang biasa terdapat di pasaran.

Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan beberapa tahun lalu di beberapa tapak jualan sekitar Bandar Simanggang. Dari situ, nama Abe Espeng mula dikenali masyarakat setempat.

GERAI Abe Espeng bakal menemui pengunjung pada Pesta Benak 2025 yang berlangsung di Gerai MPUB di Tebingan Sri Aman, mulai minggu depan. Foto: Adi Safarman

Setiap hujung minggu, Tebingan Sri Aman menjadi lokasi tetap jualan beliau. Kehadiran pelanggan yang semakin bertambah saban minggu membuktikan minuman buatan tangan ini semakin mendapat sambutan.

MENU kegemaran pelanggan termasuk kopi, coklat, mocha, buttercream, latte, vanilla, teh espeng, coklat espeng serta minuman ikat tepi. Foto: Adi Safarman

Apa yang menjadikan Abe Espeng berbeza ialah resipi kopi dan teh ciptaan sendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Setiap bancuhan mengekalkan keseimbangan rasa, sesuai dinikmati sama ada ketika santai bersama keluarga mahupun sebagai penghilang dahaga ketika berkunjung ke pesta.

Kata Fardzimi, kepuasan pelanggan adalah keutamaan. Beliau sentiasa berusaha menambah baik rasa dan persembahan minumannya agar pelanggan sentiasa mendapat pengalaman terbaik setiap kali berkunjung.

Pesta Benak 2025 bakal menjadi pentas penting buat Abe Espeng untuk memperkenalkan lebih ramai orang kepada keunikan kopi dan teh istimewanya. Lokasi strategik serta jumlah pengunjung yang ramai pasti memberi peluang besar kepada usahawan tempatan ini.

“Peminat setia Abe Espeng tidak perlu risau, saya akan berada di tapak Pesta Benak iaitu di Gerai MPUB bermula minggu depan. Datanglah singgah, kita kongsi rasa kopi dan teh ciptaan sendiri yang hanya ada di Simanggang,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, petang tadi.

Jadi, bagi yang ingin merasai kehangatan suasana pesta sambil menikmati segelas kopi atau teh istimewa, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi gerai Abe Espeng Simanggang sepanjang berlangsungnya Pesta Benak 2025.

Oleh Adi Safarman

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan penurunan kadar AS
Next: Ancaman keselamatan LNG Bintulu tidak jejas pasaran eksport Malaysia – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.