Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Eksklusif: 17 pengedar antara 450 ditahan dalam Operasi Tapis Khas Narkotik Sarikei
  • JENAYAH

Eksklusif: 17 pengedar antara 450 ditahan dalam Operasi Tapis Khas Narkotik Sarikei

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR FAIL….KPD Sarikei, Aswandy Anis. Foto Earl Anek

SARIKEI: Sebanyak 450 tangkapan berkaitan dadah direkodkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei dari Januari hingga November 2025.

Daripada jumlah tersebut, seramai 17 individu dikenal pasti sebagai pengedar manakala 433 lagi merupakan penagih dadah yang ditahan menerusi pelaksanaan Operasi Tapis Khas Narkotik.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Aswandy Anis, berkata statistik tersebut menunjukkan komitmen berterusan polis dalam mengekang aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di daerah ini.

“Sebahagian besar penyalahgunaan melibatkan dadah jenis syabu.

“Untuk masyarakat, pihak kami berharap agar masyarakat awam sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan penyalahgunaan dadah serta apa-apa aktiviti pengedaran dan penjualan dadah,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa IPD Sarikei akan terus mempergiat tindakan tegas bagi membanteras aktiviti pengedaran serta penagihan dadah.

“Kami berharap masyarakat bekerjasama untuk menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan dadah sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

“Kerjasama masyarakat adalah elemen penting bagi membantu pihak kami mengesan rangkaian pengedar serta mencegah lebih ramai individu daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah,” tambahnya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Op Tapis Narkotik: 177 individu ditahan sepanjang November di Sibu
Next: Sofia Rini dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.