Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Eksekutif warga Malaysia maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat
  • NASIONAL

Eksekutif warga Malaysia maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat

Utusan Sarawak 9 hours ago

PUTRAJAYA: Seorang eksekutif korporat Malaysia disahkan maut berikutan nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, pada Khamis (16 April) dan pihak berkuasa kini berusaha untuk menghantar pulang mayat mangsa.

Menurut Kementerian Luar dalam kenyataan, berdasarkan maklumat yang diterima daripada majikannya, mangsa dikenal pasti sebagai Ketua Pegawai Operasi Ladang Kurnia Prima Nastari (KPN) Patrick Kee Chuan Peng yang berada di Kalimantan Barat atas urusan kerja ketika kejadian.

“Menurut pihak berkuasa Indonesia, helikopter yang didaftarkan sebagai PK-CFX dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan tempatan itu terputus hubungan sejurus berlepas dari Kabupaten Melawi dalam perjalanan ke Kabupaten Kubu Raya.

“Bangkai pesawat kemudiannya dikesan di kawasan hutan terpencil di Desa Tapang Tingang, Kecamatan Nanga Taman, Kabupaten Sekadau, dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia yang berkaitan,” menurut kementerian.

Kementerian Luar memaklumkan Konsulat Malaysia di Pontianak telah menghulurkan bantuan konsular yang diperlukan, termasuk menyelaras dengan pihak berkuasa Indonesia, majikan dan keluarga untuk memudahkan penghantaran pulang mayat ke Malaysia. 

Kementerian turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPDN rekod 31 kes kenderaan asing isi RON95 sejak 1 April
Next: Petronas boleh runding dengan Rusia untuk perolehan minyak – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.