Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Eksekutif wanita berputih mata, RM108,401.50 melayang
  • JENAYAH

Eksekutif wanita berputih mata, RM108,401.50 melayang

Utusan Sarawak 4 months ago

Gambar hiasan

SIBU: Seorang eksekutif syarikat swasta mengalami kerugian RM108,401.50 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, wanita berusia 50an itu menerima pesanan ringkas melalui aplikasi Whats’App daripada seorang lelaki dikenali dengan nama Chen Hao telah menawarkan mangsa mengikuti pelaburan jp morgan dengan menjanjikan keuntungan. 

Katanya, suspek membuat penerangan berkenaan pelaburan dan mengarahkan mangsa untuk membuat pembayaran pelaburan secara berperingkat bagi mendapatkan keuntungan yang dijanjikan.

“Mangsa telah membuat pembayaran pelaburan sejumlah RM108,401.50 sebanyak 26 kali transaksi ke dalam sembilan akaun bank tempatan yang berlainan sepertimana diarahkan oleh suspek. 

“Mangsa telah menghubungi suspek semula setelah kesemua transaksi berjaya dibuat, namun mangsa mendapati panggilannya disekat oleh suspek.

“Sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima apa-apa pulangan dan keuntungan seperti yang dijanjikan,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu telah menerima laporan berhubung kes pelaburan tidak wujud tersebut semalam.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Continue Reading

Previous: Polis patahkan dua sindiket tipu, rekrut orang ramai sebagai keldai akaunĀ 
Next: Jual 67 laras senapang, 70 pistol tiruan: Polis tahan 3 lelaki, 7 wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.