Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Eksekutif farmaseutikal pengsan di majlis rasmi Rumah Putih
  • GLOBAL

Eksekutif farmaseutikal pengsan di majlis rasmi Rumah Putih

Utusan Sarawak 9 hours ago
GORDAN Findlay, wakil syarikat Novo Nordisk, rebah ketika Ketua Pegawai Eksekutif Eli Lilly, David Ricks, sedang berucap pada majlis di Pejabat Oval.

ISTANBUL: Seorang eksekutif farmaseutikal pengsan pada Khamis di Rumah Putih ketika Presiden Donald Trump mengumumkan mengenai kos ubat penurunan berat badan, mencetuskan tindakan perubatan segera oleh Dr Mehmet Oz, lapor Anadolu Ajansi.

Gordon Findlay, wakil syarikat Novo Nordisk, rebah ketika Ketua Pegawai Eksekutif Eli Lilly, David Ricks, sedang berucap pada majlis di Pejabat Oval yang menyaksikan Trump dan syarikat farmaseutikal mengumumkan perjanjian untuk memperluas perlindungan dan menurunkan harga rawatan obesiti Zepbound dan Wegovy.

Dr Oz, seorang doktor perubatan yang berkhidmat sebagai pentadbir Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid dalam pentadbiran Trump, segera bertindak membantu Findlay bersama beberapa individu lain di dalam bilik berkenaan.

Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan Robert F. Kennedy Jr turut hadir tetapi segera beredar dari tempat kejadian.

Jurucakap Timbalan Rumah Putih, Kush Desai berkata Kennedy “bergegas mendapatkan bantuan perubatan sementara yang lain memberi pertolongan kepada lelaki itu”.

Wartawan diiring keluar dari bilik berkenaan dan siaran langsung acara itu turut dihentikan selepas kejadian tersebut.

Selepas majlis bersambung, Trump berkata Findlay “berasa sedikit pening” dan “tiba-tiba rebah”. Beliau memaklumkan bahawa wakil itu kini “berada dalam keadaan baik”.

“Mereka baru sahaja membawanya keluar, dan di sini ada doktor. Tapi dia baik-baik sahaja,” katanya.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Agensi PBB: Taufan Melissa tinggalkan hampir 5 juta tan sisa di barat Jamaica
Next: Tiga disahkan maut dalam insiden menara dandang runtuh di Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.