Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • EFS 2026 diteruskan, lebih ramai anak Sarawak terima manfaat
  • TEMPATAN

EFS 2026 diteruskan, lebih ramai anak Sarawak terima manfaat

Utusan Sarawak 6 hours ago
AMANAT… Dato Sri Fatimah Abdullah berucap ketika merasmikan Pembukaan Chegu Aiman Gadget dan Gold Cawangan Kota Samarahan, hari ini. Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak meneruskan pelaksanaan Inisiatif Dana Wakaf Sarawak (EFS) bagi 2026 dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan lebih ramai anak jati negeri ini menerima manfaat simpanan awal pendidikan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, setiap anak jati Sarawak yang dilahirkan layak menerima sumbangan RM1,000 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan di bawah inisiatif berkenaan.

DITEMUI MEDIA… Dato Sri Fatimah Abdullah ditemui media ketika merasmikan Pembukaan Chegu Aiman Gadget dan Gold Cawangan Kota Samarahan, hari ini. Foto Norman B

Menurut beliau, wang tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila penerima mencapai usia 18 tahun, khususnya bagi membantu menampung kos pendidikan awal di kolej atau universiti.

“Bagi 2026, Affin Bank telah dilantik untuk mentadbir urus dana EFS, menggantikan Bank Islam sebelum ini,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Pembukaan Chegu Aiman Gadget dan Gold Cawangan Kota Samarahan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini sebanyak 146,294 akaun EFS telah dibuka secara kumulatif sejak inisiatif itu diperkenalkan.

PEMBUKAAN Chegu Aiman Gadget dan Gold Cawangan Kota Samarahan, hari ini. Foto Norman B

Dalam pada itu, Fatimah berkata kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bayi yang layak akan didaftarkan di bawah EFS pada tahun hadapan.

Bagi mencapai sasaran tersebut, proses pendaftaran kini dipermudahkan melalui kerjasama hospital dan klinik kesihatan yang akan menyediakan borang pendaftaran terus kepada ibu bapa sejurus selepas kelahiran bayi.

“Langkah ini diharap dapat mempercepatkan pendaftaran dan memastikan tiada anak Sarawak tercicir daripada menerima manfaat EFS,” ujarnya.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Banjir: Waspada bahaya terselindung
Next: Kerajaan Sarawak teruskan program bantuan bina baru, baik pulih rumah rakyat miskin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.