Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • EFS 2.0 diperkenal, penyertaan anak Sarawak capai 85 peratus
  • TEMPATAN

EFS 2.0 diperkenal, penyertaan anak Sarawak capai 85 peratus

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Seri Fatimah Abdullah menyampaikan geran MRP kepada penerima pada sesi sidang media Dana Amanah Sarawak (EFS) dan Penyerahan cek MRP di Baitulmakmur II, hari ini. Foto Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Sarawak menyasarkan peningkatan penyertaan Amanah Dana Sarawak (EFS) melebihi 85 peratus dengan memperkukuh tadbir urus, menyelesaikan kes anomali dengan lebih efisien dan memperkenalkan struktur pelaburan baharu di bawah EFS 2.0.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Seri Fatimah Abdullah, berkata jawatankuasa EFS komited memastikan tiada anak Sarawak yang layak terpinggir daripada menerima manfaat inisiatif tersebut.

“Matlamat kami adalah memperbaiki tadbir urus dan meningkatkan peratusan rakyat Sarawak yang mendapat manfaat setiap tahun,” katanya pada sesi sidang media Dana Amanah Sarawak (EFS) dan Penyerahan cek MRP di Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Sejak 1 Januari 2019 hingga 31 Oktober 2025, sebanyak 141,869 akaun telah dibuka, melibatkan peruntukan RM141.8 juta oleh kerajaan negeri di bawah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

SEBAHAGIAN penerima bergambar kenangan bersama Dato Seri Fatimah Abdullah pada sesi sidang media Dana Amanah Sarawak (EFS) dan Penyerahan cek MRP di Baitulmakmur II, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Sarawak mencatat 22,895 kelahiran setakat 31 Oktober 2025, dengan penyertaan EFS keseluruhan mencapai 85 peratus, melebihi KPI minimum 80 peratus.

Fatimah menjelaskan kes anomali masih menjadi keutamaan, termasuk ibu muda yang tidak dapat membuka akaun bank untuk bayi mereka.

“Terdapat anomali yang kita tidak mahu menjadi halangan. Bagi ibu bawah umur, akaun masih boleh dibuka tetapi menggunakan nama waris terdekat,” jelas beliau.

Mulai 2025, Affin Bank menguruskan program ini di bawah EFS 2.0, yang memperkenalkan model simpanan dua komponen iaitu RM550 dalam Affin Islamic Term Deposit (3.4 peratus setahun) dijangka meningkat selepas 18 tahun dan RM450 dalam simpanan emas fizikal Affin Emas (purata 10 tahun 8.01 peratus, unjuran RM1,438.12).

“Ini merupakan penambahbaikan berbanding kadar tetap 4.2 peratus sebelum ini,” ujar Fatimah.

Batch pertama melibatkan 1,456 penerima telah menerima pembayaran pada 18 Julai 2025, dan setakat 17 November, 6,287 akaun telah dibuka dengan jumlah keseluruhan RM6.2 juta.

Selain itu, ibubapa berumur 18 hingga 65 tahun mendapat perlindungan insurans percuma satu tahun di bawah Affin Protect I dengan perlindungan RM10,000, membantu anak-anak apabila mencapai usia 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran atau memulakan kerjaya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Press Metal catat keuntungan RM563.3 juta bagi suku ketiga
Next: Kampung Kaba berpotensi jadi pengeluar beras terkemuka Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.