Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Edwin Gerard rakyat Malaysia pertama terajui operasi tempatan Vale Minerals
  • BISNES

Edwin Gerard rakyat Malaysia pertama terajui operasi tempatan Vale Minerals

Utusan Sarawak 6 hours ago
EDWIN Gerard, CEO Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd yang baharu.

KUALA LUMPUR: Syarikat perlombongan Brazil, Vale SA, melantik Edwin Gerard sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi anak syarikatnya, Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd.

Dalam kenyataan, Vale menjelaskan Gerard mempunyai pengalaman antarabangsa dalam operasi pelabuhan berskala besar, logistik dan pengurusan infrastruktur selama 25 tahun, di samping pernah memegang jawatan kepimpinan kanan di Oman, Nigeria, Mesir, Turkiye dan Malaysia.

Menurut Vale sebelum pelantikan itu, Gerard ialah Ketua Pegawai Operasi di Johor Port Bhd.

“Sebagai rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai CEO, pelantikan Gerard mencerminkan komitmen berterusan Vale dalam membangunkan dan memperkasakan ekosistem bakat tempatan di negara-negara yang menempatkan operasi kami,” tambahnya.

Beliau akan menyelia satu daripada hab strategik Vale di Asia yang mengedarkan sekitar 20 juta tan bijih besi setiap tahun, di samping memajukan tumpuan syarikat terhadap operasi yang selamat, boleh dipercayai dan mampan, jelas Vale.

Operasi Vale di Malaysia disokong oleh lebih 95 peratus tenaga kerja rakyat tempatan, merangkumi Terminal Maritim Teluk Rubiah di Perak, yang merupakan pelaburan langsung asing tunggal terbesar di negeri itu, serta pejabat korporat Asia Pasifiknya di Kuala Lumpur.

Gerard menggantikan Leonardo Paiva, yang melaksanakan peranan penting dalam mengukuhkan komitmen Vale terhadap operasi mampan di Malaysia.

“Sepanjang kepimpinan beliau, Vale melaksanakan pelbagai kerjasama pelaburan sosial berfokuskan komuniti bersama-sama institusi di Perak, seperti projek pemodenan bandar di Manjung yang menyokong usaha menghidupkan semula Beruas dan Manjung Lama, serta mewujudkan Program Biasiswa Teluk Rubiah untuk membangunkan bakat tempatan berpotensi tinggi.

“Sejak memulakan operasi di Teluk Rubiah pada 2014, Vale telah melabur sekitar RM80 juta dalam inisiatif sosial merangkumi bidang pendidikan, pemerkasaan wanita dan pemuliharaan alam sekitar,” tambahnya. – Bernama 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Unit Bina Puri peroleh kontrak pembinaan RM156.44 juta di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.