
TATAU: Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta, mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau semalam bagi menyantuni mangsa banjir yang masih berlindung di PPS berkenaan.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut disertai oleh Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong.


Lawatan itu bertujuan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua mangsa.
Beliau meluangkan masa bertemu mangsa banjir sambil memberikan kata-kata semangat, serta menyampaikan sumbangan keperluan asas.
Setakat hari ini, PPS SMK Tatau masih beroperasi dengan jumlah 197 mangsa.
Edwin turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi bencana dan berharap agar mangsa banjir diberikan sokongan yang sewajarnya sepanjang tempoh pemindahan.
Oleh Carolyne Utih