Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Edward Subeng dinobat tokoh Hawana SJA 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Edward Subeng dinobat tokoh Hawana SJA 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
ALBERT Tiang (dua kanan) menyampaikan trofi dan cek bernilai RM1,500 kepada Edward sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang banyak berjasa dalam industri media.

SIBU: Wartawan veteran, Edward Subeng Stephen, 68, diumum sebagai penerima Anugerah Tokoh Hawana Persatuan Wartawan Sibu (SJA) 2025 pada majlis makan malam Tahunan SJA di sini malam tadi.

Penyampaian anugerah julung kali itu disempurnakan oleh Albert Tiang yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Anugerah tersebut diperkenalkan bagi menghargai sumbangan tokoh lama dalam industri kewartawanan.

Anak kelahiran Sibu itu memulakan kerjaya pada 1976 di akhbar ‘The Herald’ sebagai wartawan sebelum dilantik subeditor halaman Bahasa Malaysia.

Beliau kemudian berkhidmat di Jabatan Penerangan (Bahagian RASCOM) sebagai jurugambar dan Penolong Pegawai Penerangan, sebelum menyertai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 7 Julai 1997 sebagai wartawan daerah di Sibu dan kemudian Kuching sehingga bersara pada 24 Jun 2018.

Selepas bersara, Edward menyertai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sebagai Pegawai Media kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sehingga Jun 2025.

Sepanjang kerjayanya, beliau menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bernama, Petronas Sarawak Journalism Award (tempat kedua kategori Jabatan Penerangan RASCOM) dan Shell Kenyalang Journalism Award.

Dalam ucapan penerimaannya, Edward menggesa pengamal media mengekalkan prinsip adil, jelas dan berintegriti dalam setiap laporan, sambil menegaskan kewartawanan adalah wadah penting pembinaan negara.

“Saya berharap SJA akan terus menghargai wartawan berkaliber bukan sahaja dari Sibu, malah dari Kapit, Sarikei dan Mukah,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SJA perkenal dua inisiatif baharu untuk kebajikan ahli
Next: Kanak-Kanak hidap penyakit crohn terima perhatian Michael Tiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.