Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Edison Ricket dilantik sebagai Pengurus Wilayah Pustaka Miri
  • SEMASA

Edison Ricket dilantik sebagai Pengurus Wilayah Pustaka Miri

Utusan Sarawak 2 days ago
SERAH…Pengarah Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli (tengah) menyaksikan penyerahan suratRazak  Rambili yang telah berkhidmat sebagai bekas Pengurus Wilayah Pustaka Miri, Razak Rambili kepada Edison Ricket (kanan).

MIRI: Edison Ricket dilantik sebagai Pengurus Wilayah Pustaka Miri yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Pelantikan itu menyaksikan Edison bertanggungjawab menyelaras hala tuju strategik dan operasi harian Pustaka Miri dengan penekanan kepada perkhidmatan berorientasikan komuniti, keterangkuman digital, literasi media dan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat, selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS 2030) dan agenda Ekonomi Digital Sarawak.

Sebelum ini, Edison berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Literasi Maklumat di Pustaka Negeri Sarawak dan telah menerajui pelbagai inisiatif utama termasuk
Rangkaian Akses Rakyat untuk Pemerkasaan Digital dan Keterangkuman (PANDei), Program Literasi Orang Dewasa, ‘Reading Seeds’, serta pelaksanaan program literasi media dan maklumat melalui kerjasama rakan tempatan dan antarabangsa termasuk UNESCO.

Di bawah kepimpinannya, Pustaka Negeri Sarawak telah menerima pengiktirafan sebagai Pemenang Anugerah Literasi UNESCO Confucius 2022.

Edison mempunyai lebih 28 tahun pengalaman dalam bidang kepustakawanan merangkumi perpustakaan negeri, akademik dan khusus.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan dan Sarjana Sains (Pengurusan Maklumat) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sementara itu, Pengarah Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata pelantikan Edison diyakini akan terus memperkukuh peranan Pustaka sebagai peneraju keterangkuman digital serta literasi media dan maklumat di wilayah utara Sarawak.

Edison menggantikan Razak  Rambili yang telah berkhidmat sebagai Pengurus Wilayah Pustaka Miri sejak Ogos 2021.

Di bawah kepimpinan Razak, Pustaka Miri mempergiat usaha libat urus komuniti serta pemerkasaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

“Berteraskan asas kukuh tersebut, Edison akan meneruskan usaha memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan Pustaka Miri kekal sebagai hab komuniti yang dinamik dan inklusif,” katanya.

Oleh Liong Chai ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir: Pahang pulih, Sarawak dan Johor catat penurunan mangsa
Next: Industri pelancongan Malaysia berkembang kerana negara aman – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.