Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Edisi kelima Borneo Fittest perkukuh Sarawak sebagai hab sukan gaya hidup
  • SUKAN

Edisi kelima Borneo Fittest perkukuh Sarawak sebagai hab sukan gaya hidup

Utusan Sarawak 5 hours ago
POSTER Borneo Fittest 2025.

KUCHING: Edisi kelima pertandingan kecergasan berfungsi, Borneo Fittest 2025, akan berlangsung pada 28 dan 29 Jun ini di Dewan Serbaguna Kuari Ang Cheng Ho, Batu Kawah, menampilkan gabungan aksi lasak, ketahanan fizikal dan semangat komuniti.

Acara selama dua hari ini dijangka menghimpunkan atlet tempatan dan antarabangsa yang akan bersaing dalam pelbagai cabaran berintensiti tinggi, menjadikannya antara acara kecergasan paling dinanti di rantau Borneo.

Borneo Fittest 2025 mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi utama sukan dan pelancongan kecergasan.

Antara penaja dan rakan strategik yang terlibat ialah REWOD, Roxy Hotel Kuching, Big Pharmacy, Sunday Shades Co, Mayflower Car Rental Sdn Bhd Kuching, Circle21, Recharge Fried Chicken & Beer Café (Saradise) dan Ease Storage Sarawak.


Dua gim rasmi, CrossFit Kuching dan Vortex Fitness Bintulu, turut menyumbang dalam penyediaan atlet dari seluruh wilayah.

Menambah kemeriahan acara, DJ Krizknight akan menghiburkan penonton dengan persembahan muzik secara langsung sepanjang pertandingan menjadikan Borneo Fittest bukan sekadar acara sukan, tetapi juga pesta komuniti gaya hidup moden.

Orang awam dijemput hadir sebagai penonton dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada kedua-dua hari, yang turut menampilkan reruai jualan dan pelbagai aktiviti menarik di lokasi acara.

Borneo Fittest 2025 menjanjikan pengalaman penuh tenaga dan unik kepada semua sama ada peminat kecergasan, penyokong atlet, mahupun pelawat yang ingin merasai sendiri kehangatan sukan gaya hidup kontemporari di tengah-tengah bumi Sarawak.

Untuk pertanyaan media atau maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pemasaran dan Media Borneo Fittest, Penina Crystal Philip di talian 017-290 9496 atau emel ke peninacrystal@gmail.com.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Neymar sambung kontrak di Santos, sedia hadapi Piala Dunia 2026
Next: 7 petinju TBBC Sri Aman mara ke pusingan akhir Kejohanan Tinju Kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.