Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Edisi ke-22 Pesta Benak terus tarik pelancong, lonjak ekonomi tempatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Edisi ke-22 Pesta Benak terus tarik pelancong, lonjak ekonomi tempatan

Utusan Sarawak 6 days ago
 DATUK Francis Harden Hollis ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Benak 2025 Edisi ke-22 di Pentas Utama Tebingan Sri Aman, hari ini. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Pesta Benak Sri Aman kembali dengan edisi ke-22 pada tahun ini, setelah diwartakan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak sebagai salah satu acara ikonik yang terus menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, pesta yang mula dianjurkan hampir 26 tahun lalu itu telah menyumbang kepada perubahan besar dari segi pembangunan serta sosioekonomi khususnya di Bahagian Sri Aman.

“Sebagai contoh, Tebingan Sri Aman yang dahulunya hanya sebuah jeti kini telah berubah wajah menjadi waterfront yang moden, menjadi mercu tanda pembangunan pesat di kawasan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Benak 2025 Edisi ke-22 di Pentas Utama Tebingan Sri Aman, hari ini.

Majlis perasmian Pesta Benak 2025 telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas lanjut, Harden yang juga Penasihat Jawatankuasa Induk Pesta Benak berkata bagi edisi kali ini, sebanyak 10 program utama disusun termasuk Larian Benak, Regata Benak Batang Lupar, Miss Tourism Benak 2025, pameran pembangunan, Festival Gendang Sarawak 2025 serta ATM Bersama Komuniti Benak.

Bazaar Ria Benak dan pentas kebudayaan pula menjadi tarikan tambahan untuk para pengunjung.

DATUK Francis Harden Hollis menyampaikan cenderahati kepada Premier Sarawak. Foto: Adi Safarman.

Pesta yang berlangsung selama tiga hari ini katanya lagi dijangka menarik lebih 70,000 pengunjung, dengan penyertaan 600 lot gerai jualan merangkumi pelbagai kluster termasuk makanan halal dan tidak halal, kraf tangan, produk tempatan dan pameran korporat.

“Selain menjadi platform sosial yang menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan agama, pesta ini turut merancakkan aktiviti ekonomi melalui peningkatan jual beli antara peniaga dan pengunjung,” tambah Harden.

Beliau turut menekankan bahawa strategi baharu diperkenalkan tahun ini berdasarkan maklum balas orang ramai, antaranya penyusunan semula gerai jualan secara berkluster, penambahan tandas mudah alih, tapak pembuangan sampah serta penjadualan pembersihan secara berkala demi keselesaan pengunjung.

Dalam aspek pembangunan modal insan, Harden berkata Sarawak Skills Sri Aman kini beroperasi menawarkan kursus teknikal jangka pendek, sementara perancangan bagi pembinaan kampus tetap sedang dirangka agar pelajar dari Sri Aman dan Betong dapat mengikuti latihan teknikal tanpa perlu keluar jauh dari kawasan.

Selain itu, beliau mendedahkan Sri Aman telah dipilih sebagai salah satu venue acara tinju sempena temasya Sukan SEA 2027, sekali gus membuka peluang bagi pembinaan gelanggang tinju bertaraf kebangsaan di sini.

“Pesta Benak bukan sekadar festival pelancongan, tetapi ia juga menjadi pemangkin pembangunan ekonomi, pendidikan dan sukan bagi Bahagian Sri Aman,” jelasnya.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, serta tetamu kenamaan lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Raja Singa Lianxing 2025 angkat warisan budaya, pemerkasaan remaja
Next: Komuniti sihat asas Sarawak Maju Makmur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.