Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Edar syabu: Buruh dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun berserta 12 sebatan di Sibu
  • MAHKAMAH

Edar syabu: Buruh dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun berserta 12 sebatan di Sibu

Utusan Sarawak 4 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun berserta 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar syabu seberat 72.52 gram, tiga tahun lepas.

Hakim Wong Siong Tung yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Jeffry Lepa, 43, turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditahan, 26 November 2022.

“Setelah menimbangkan hujahan peguam bela tertuduh dan Timbalan Pendakwa Raya, setelah menilai semua faktor mitigasi dan pemberatan yang relevan, keseluruhan keadaan kes ini, khususnya jumlah dadah yang terlibat serta pertimbangan utama kepentingan awam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tertuduh, yang menurut Seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 ditakrifkan sebagai penjara selama 30 tahun berserta 12 sebatan. 

“Tempoh pemenjaraan tersebut hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penangkapan tertuduh iaitu 26 November 2022,” katanya ketika membacakan keputusan kes, hari ini.

Wong memberitahu, di akhir kes pendakwaan dan setelah keterangan saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan dinilai secara maksimum, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh.

Jeffry terdahulu didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu 72.52 gram methamphetamine pada 26 November 2022, kira-kira 3.00 petang di tempat letak kereta Lorong Tun Ahmad Zaidi serta didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2), akta yang sama.

Seksyen 39B(2) ini membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 15 kali, jika sabit dengan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto terdahulu memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal dimana hukuman mati kekal sebagai hukuman yang sesuai dan berkadar dalam keadaan kes ini.

“Setelah mengambil kira keseluruhan keterangan dan faktor-faktor pemberatan yang dibuktikan, ini merupakan suatu kes yang berada pada tahap keseriusan yang tertinggi. 

“Tertuduh juga telah gagal mengemukakan sebarang mitigasi yang mempunyai berat yang mencukupi untuk mengurangkan tahap kesalahannya secara signifikan.

“Apabila faktor-faktor pemberatan ditimbang berbanding mitigasi terhad yang dikemukakan, pihak pendakwaan berhujah bahawa imbangan tersebut jelas memihak kepada hukuman paling berat yang dibenarkan oleh undang-undang,” jelasnya.

Mark memberitahu, ini merupakan suatu kes yang memerlukan hukuman yang mencerminkan kecaman paling tegas oleh masyarakat, melindungi kepentingan awam, serta memenuhi objektif hukuman dan pencegahan.

Ketika prosiding hari ini, Jeffry diwakili oleh peguam dilantik iaitu Jacob Wong dan Jessie Wong.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kes tikam pelajar dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicara
Next: Skandal rasuah ATM: Empat pegawai tertinggi diheret ke mahkamah, bukti tiada siapa kebal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.