Edar 30 pek makanan dalam tempoh satu jam menerusi program Singgah Sahur

Facebook
WhatsApp
EDAR… Para ahli jawatankuasa merakam gambar bersama sebelum mengedarkan 30 pek Singgah Sahur kepada semua jabatan dan unit petugas syif malam termasuk petugas syarikat konsesi dan kawalan keselamatan.

MIRI: Sebanyak 30 pek Singgah Sahur telah berjaya diedarkan dalam tempoh satu jam menerusi Program Singgah Sahur, 14 Mac lalu.

Menurut jurucakap Hospital Miri menerusi satu kenyataan rasmi, pek singgah sahur yang mengandungi makanan kering itu diedarkan kepada semua jabatan dan unit petugas syif malam termasuk petugas syarikat konsesi dan kawalan keselamatan.

“Kerja pengedaran program anjuran  Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (PERKIP) Cawangan Miri bersama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) Hospital Miri ini bermula 10.30 malam hingga 11.30 malam melibatkan seramai lapan Ahli Jawatankuasa PERKIP dan UHEI,” katanya.

Oleh Adum Liu