
KUALA LUMPUR: Ikhtiar e-Invois akan dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026 selain sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat petang ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pembayaran balik cukai terlebih bayar juga akan disegerakan.
Selain itu, bagi menangani ketirisan pemilik kenderaan mewah yang sekian lama mengambil kesempatan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan, Anwar berkata kerajaan bercadang mengehadkan pengecualian cukai kenderaan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.
-Bernama