Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dzulfahmi menang motosikal, sambutan Aidilfitri PBB Kabong penuh kemeriahan
  • WILAYAH

Dzulfahmi menang motosikal, sambutan Aidilfitri PBB Kabong penuh kemeriahan

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Kabong yang berlangsung meriah, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Sambutan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kabong mencapai kemuncaknya apabila seorang pemuda, Dzulfahmi Izzudin Mohd Azizullah Abdullah, dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama dalam majlis yang berlangsung meriah, semalam.

Dzulfahmi membawa pulang motosikal jenis Modenas Kriss 110 selepas namanya dipilih dalam acara cabutan bertuah yang menjadi tumpuan utama ribuan pengunjung yang hadir.

Majlis yang bertemakan ‘Samo-Samo Kito Rayo’ itu berlangsung dalam suasana penuh kemesraan, sekali gus memperlihatkan keakraban komuniti setempat di Kabong yang terus utuh.

Selain cabutan bertuah, pelbagai aktiviti tradisi dan pertandingan kreatif turut dianjurkan bagi memeriahkan sambutan, melibatkan penyertaan aktif penduduk kampung tanpa mengira usia.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Kabong yang berlangsung meriah, semalam. Foto ADUN Kabong

Antara acara yang mencuri perhatian ialah pertandingan pondok raya yang menyaksikan Pondok Raya Pemuda PBB Kabong dinobatkan sebagai pemenang kategori Pondok Raya Tercantik.

Kemenangan tersebut disifatkan amat bermakna apabila mereka berjaya menewaskan 23 pondok raya lain yang turut menampilkan hiasan kreatif dan unik.

Secara keseluruhan, 24 pondok raya mengambil bahagian pada tahun ini, sekali gus menyerlahkan semangat gotong-royong serta kreativiti dalam kalangan ahli parti dan masyarakat setempat.

Bagi kategori personaliti, Elaihi Edai telah dipilih sebagai ‘Orang Mudo Gap’, manakala Suria Jon menerima gelaran ‘Ndang Bagus’.

Suria Jon turut mencipta kejayaan berganda apabila memenangi pertandingan Busana Raya, menepati kriteria gaya, kreativiti dan keterampilan yang ditetapkan oleh juri.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Kabong yang berlangsung meriah, semalam. Foto ADUN Kabong

Kemeriahan majlis diteruskan dengan pertandingan ‘Mandung’ yang dimenangi oleh kediaman milik Maini Spawi, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Bagi kategori Pintu Gerbang, JKKK Kampung Simpang Empat dinobatkan sebagai juara dan menerima hadiah utama bernilai RM2,000.

Pertandingan bedil yang menjadi tradisi turun-temurun masyarakat setempat pula dimenangi oleh Ranting Kampung Wawasan dengan ganjaran RM300.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dalam ucapannya menegaskan bahawa penganjuran program seumpama ini merupakan platform terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Beliau turut menambah bahawa kehadiran ramai pengunjung termasuk pemimpin setempat seperti Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom membuktikan semangat silaturahim dalam komuniti Kabong kekal kukuh dan terus dipelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Aidilfitri kukuhkan silaturahim, perpaduan masyarakat Kampung Triso
Next: RM550,000 projek RTP 2027 diluluskan, perkasa prasarana luar bandar di DUN Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.