Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Duti eksais rokok naik 2 sen, alkohol 10 peratus mulai 1 November 2025 – PM Anwar
  • NASIONAL

Duti eksais rokok naik 2 sen, alkohol 10 peratus mulai 1 November 2025 – PM Anwar

Utusan Sarawak 21 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan kadar duti eksais ke atas produk rokok dan alkohol berkuat kuasa 1 November 2025 di bawah inisiatif Belanjawan 2026.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia merangkumi kenaikan dua sen sebatang bagi rokok, RM40 per kilogram (kg) bagi cerut, cheroots dan cigarillos, serta kenaikan RM20 per kilogram bagi produk ‘heated tobacco’.

Perdana Menteri berkata pada masa sama, kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin serta diperluas kepada produk nicotine mist dan nicotine lozenges sehingga 31 Disember 2027. 

“Bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, kerajaan bersetuju supaya kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025. 

“Hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya untuk Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.  – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pendidikan percuma PTPTN kepada 5,800 anak keluarga miskin mulai tahun hadapan
Next: Belanjawan 2026: RM230 juta disediakan kepada AIM tawar pembiayaan usahawan wanita – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.