Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Duta Besar Hungary dalami sejarah, warisan Sarawak di BCM
  • SEMASA

Duta Besar Hungary dalami sejarah, warisan Sarawak di BCM

Utusan Sarawak 7 hours ago
DUTA Besar Hungary dalami sejarah, warisan Sarawak di Muzium Budaya Borneo (BCM), hari ini.

KUCHING: Duta Besar Hungary ke Malaysia, Dr Sandor Sipos berpeluang mendekati sejarah dan kepelbagaian budaya Sarawak menerusi lawatan ke Muzium Budaya Borneo (BCM), di sini, hari ini.

Beliau yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak diiringi Timbalan Ketua Misi Hungary, Kamilla Balla, Konsul Kehormat Hungary, Dato Damien Chua serta beberapa delegasi lain.

Sepanjang lawatan tersebut, Dr Sandor dibawa meninjau pelbagai galeri pameran yang memaparkan sejarah, warisan dan budaya masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Beliau turut meluangkan masa melihat koleksi artifak serta pameran interaktif yang mengetengahkan keunikan etnik di negeri ini, sekali gus memberikan gambaran menyeluruh mengenai identiti dan perkembangan Sarawak.

Lawatan berkenaan bukan sahaja membuka peluang kepada delegasi Hungary untuk mengenali Sarawak dengan lebih dekat, malah menjadi platform memperkukuh hubungan persahabatan dan pertukaran budaya antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, Dr Sandor mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Datuk Kamil Misuari, suami kepada Dato Sri Nancy Shukri meninggal dunia
Next: Toh Puan Fauziah terima kunjungan delegasi ICACA 2026 UNIMAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.