Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Durian, anak pokok moringa, mangga dirampas di ICQS Merapok Lawas
  • JENAYAH

Durian, anak pokok moringa, mangga dirampas di ICQS Merapok Lawas

Utusan Sarawak 3 hours ago
RAMPASAN DI SEMPADAN… Jabatan Pertanian Sarawak dan Sabah, di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok Lawas merampas hasil pertanian tanpa permit yang dibawa memasuki Lawas dari Sabah, baru-baru ini. Foto ICQS Merapok Lawas

LAWAS: Buah durian, anak pokok moringa, anak pokok mangga dan cili besar antara barangan yang dirampas oleh Jabatan Pertanian Sarawak dan Sabah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok, Lawas, awal bulan ini.

ICQS Merapok dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa rampasan tersebut dibuat kerana barangan berkenaan dipercayai dibawa masuk tanpa mematuhi peraturan kuarantin tumbuhan yang ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan sedia ada.

RAMPASAN DI SEMPADAN… Jabatan Pertanian Sarawak dan Sabah, di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok Lawas merampas hasil pertanian tanpa permit yang dibawa memasuki Lawas dari Sabah, baru-baru ini. Foto ICQS Merapok Lawas

Menurut kenyataan itu, rampasan dibuat di bawah Peraturan dan Dasar Kawalan Pergerakan Tumbuhan, iaitu pergerakan pokok, bahan tanaman dan hasil pertanian tertentu tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan Sabah tanpa permit import serta sijil fitosanitari.

Perkara ini tertakluk di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, serta kuasa pentadbiran Jabatan Pertanian Sarawak dan Sabah di negeri masing-masing.

“Peraturan ini melarang kemasukan buah segar dan bahan tanaman hidup tanpa pemeriksaan dan dokumen sah, termasuk pergerakan antara negeri. Kawalan ini bukan sahaja tertumpu kepada perdagangan besar, malah juga individu yang membawa bahan tanaman secara pos atau melalui pintu sempadan tanpa pengisytiharan.

RAMPASAN DI SEMPADAN… Jabatan Pertanian Sarawak dan Sabah, di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok Lawas merampas hasil pertanian tanpa permit yang dibawa memasuki Lawas dari Sabah, baru-baru ini. Foto ICQS Merapok Lawas

“Penguatkuasaan dilaksanakan bersama pelbagai agensi bagi meningkatkan tahap kawalan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Jabatan Pertanian Sarawak dan Sabah turut menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai satu ikatan kerjasama yang kukuh di ICQS Merapok.

Penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan semua undang-undang dan peraturan oleh agensi terlibat di ICQS Merapok dikuatkuasakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rokok, arak tidak berkastam bernilai RM7.288 juta dirampas di Sibu
Next: Penganggur miliki dua rekod dadah ditahan bersama syabu di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.