Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Yayasan Sarawak akan bina sekolah antarabangsa di Jepak New Township
  • SEMASA

DUN: Yayasan Sarawak akan bina sekolah antarabangsa di Jepak New Township

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Dr. Annuar Rapa’ee, ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Iskandar Turkee (GPS- Jepak) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak merancang untuk membina sebuah sekolah antarabangsa di bawah Yayasan Sarawak di kawasan Jepak New Township, Bintulu, sebagai langkah memperluas akses kepada pendidikan bertaraf global bagi pelajar luar bandar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee, ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Iskandar Turkee (GPS- Jepak) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Menurut beliau, pembinaan Yayasan Sarawak International Secondary School di Jepak adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memperluaskan jaringan institusi pendidikan berkualiti tinggi di seluruh Sarawak.

“Kerajaan memang ada perancangan untuk membina Yayasan Sarawak International Secondary School di Bintulu dan ia akan ditempatkan di kawasan Jepak New Township.

“Pelajar Yayasan Sarawak International Secondary School Petra Jaya telah mencapai kelulusan 100 peratus bagi ketiga-tiga mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam ujian Cambridge Checkpoint bagi Year 9.

“Sebagai kohort pertama, para pelajar telah menunjukkan prestasi yang membanggakan,” jelasnya.

Bagi memastikan kelestarian dan kualiti pendidikan di sekolah yang akan dibina di Jepak kelak, Dr Annuar menjelaskan bahawa kerajaan negeri akan menerapkan rangka kerja pendidikan yang seragam dan komprehensif berasaskan silibus International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

“Silibus IGCSE yang digunapakai adalah selari dengan standard sekolah antarabangsa di seluruh dunia dan mengikut perkembangan pedagogi terkini.

“Pelaksanaan mekanisme pemantauan dan maklum balas secara berkala juga akan dilakukan bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Cambridge University,” ujarnya.

Pembinaan sekolah ini dijangka memberi impak positif kepada masyarakat setempat di Jepak dan kawasan sekitarnya, khususnya dalam melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Masrin Affirah & Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia antara tiga negara terawal terima kelulusan operasi klinik haji di Madinah
Next: LHDN-CTIM Forum Roadshow, platform fahami isu semasa percukaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.