Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Wilfred Yap cadang larang jual beli tembaga sekerap di Sarawak
  • TEMPATAN

DUN: Wilfred Yap cadang larang jual beli tembaga sekerap di Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
WILFRED Yap Yau Sin semasa sesi soal jawab pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan disaran mempertimbangkan larangan terhadap urus niaga tembaga sekerap di Sarawak susulan peningkatan kes kecurian kabel dan kerosakan infrastruktur awam yang semakin membimbangkan.

Wilfred Yap Yau Sin (GPS-Kota Sentosa) berkata, ketiadaan sumber tembaga sah di negeri ini menjadikan semua tembaga dalam pasaran sekerap berkemungkinan besar berasal daripada kegiatan curi, khususnya melibatkan kabel lampu jalan, talian telekomunikasi serta kemudahan awam lain.

“Peniaga sekerap menyediakan saluran kepada pencuri untuk menjual tembaga yang dicuri. Ia secara tidak langsung menggalakkan jenayah dan menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan awam, selain meningkatkan kos penyelenggaraan,” katanya ketika perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, Sarawak sebagai sebuah negeri yang sedang pesat membangun tidak mampu menanggung kerugian akibat perbuatan vandalisme yang berulang.

“Kabel yang dicuri bukan sahaja melambatkan pelaksanaan projek, malah menjejaskan keyakinan pelabur dan membebankan rakyat dengan gangguan berterusan. 

“Jika penguatkuasaan sedia ada gagal, maka satu-satunya jalan adalah dengan mengharamkan sepenuhnya penjualan tembaga sekerap di Sarawak,” ujarnya.

Wilfred menggesa kerajaan negeri agar menilai semula kelulusan lesen terhadap perniagaan sekerap yang terlibat dengan pembelian tembaga, dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati bersubahat dalam kegiatan tersebut.

Oleh Amanda L

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Perkasa pembangunan luar bandar, rapatkan jurang sosioekonomi
Next: Malam Gawai Iban, Gawai Bazar MJC 2025 disambut meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.