Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Violet Yong kecewa soalan perbelanjaan lawatan luar negara ditolak Speaker
  • SEMASA

DUN: Violet Yong kecewa soalan perbelanjaan lawatan luar negara ditolak Speaker

Utusan Sarawak 2 days ago
AHLI Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, dan Violet Yong (DAP – Pending) pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

PETRA JAYA: Violet Yong (DAP – Pending), meluahkan kekecewaan mendalam terhadap keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, yang menolak soalannya berhubung butiran perbelanjaan kerajaan negeri bagi lawatan ke luar negara melibatkan Premier Sarawak, Menteri, Timbalan Menteri, dan ahli keluarga mereka sejak lima tahun lalu.

“Saya amat kecewa dan bimbang dengan keputusan Speaker.

“Soalan saya sah dan sejajar dengan prinsip ketelusan serta akauntabiliti yang dituntut rakyat Sarawak daripada wakil rakyat mereka,” katanya.

Yong turut membantah dakwaan Speaker bahawa perbelanjaan tersebut bersifat “remeh”, dan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak menghormati prinsip tadbir urus yang demokratik.

“Ini bukan soal menentang misi luar negara yang membawa manfaat kepada Sarawak, tetapi mengenai tuntutan ketelusan dalam penggunaan dana awam.

‘Kita tidak boleh mengekalkan kepercayaan rakyat jika soalan seperti ini disekat atas alasan kabur kononnya ‘bertentangan dengan dasar awam’,” katanya lagi.

Beliau turut memberi amaran terhadap penggunaan Perintah Tetap 20(3), 20(4) dan 20(6) bagi menyekat penelitian terhadap perbelanjaan kerajaan, yang menurutnya boleh menjadi amalan berbahaya.

“Ia melemahkan peranan DUN sebagai institusi semak dan imbang.

“Rakyat berhak mengetahui bagaimana wang mereka dibelanjakan, terutama apabila kos perjalanan ini boleh mencecah jutaan ringgit,” tegasnya.

Menolak hujah bahawa urusan luar negara tidak boleh dijalankan secara dalam talian, Yong, berkata isu sebenar ialah ketelusan kos dan keberkesanan hasil lawatan.

“Bukan soal perlu atau tidak misi luar negara, tetapi siapa yang pergi, berapa yang dibelanjakan, dan adakah hasilnya setimpal dengan perbelanjaan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, rakyat tidak meminta maklumat perdagangan yang sensitif, tetapi hanya menginginkan ketelusan penggunaan wang awam, terutamanya ketika keperluan asas seperti penjagaan kesihatan, infrastruktur dan pembangunan luar bandar masih banyak kekurangan di Sarawak.

“Kerajaan GPS sering menyatakan tiada apa yang mahu disembunyikan, namun enggan mendedahkan maklumat kewangan yang mudah.

“Percanggahan ini hanya menimbulkan syak wasangka dan menghakis kepercayaan awam,” ujar beliau.

“Pembangunan ekonomi sebenar tidak takut kepada penelitian, malah mengalu-alukannya.

“Jika kerajaan berani membelanjakan wang rakyat, mereka juga harus berani menjelaskan bagaimana ia dibelanjakan,” tegasnya.

Yong sekali lagi menggesa kerajaan negeri supaya mendedahkan pecahan lengkap perbelanjaan rasmi ke luar negara yang telah dilakukan dalam tempoh lima tahun lalu.

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: China Railway signs landmark deal to drive Kenyalang Smart City development
Next: DUN: Sarawak perkukuh peranan dalam tenaga bersih serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.