Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Usaha pembangunan bakat, pendidikan terus diutama 
  • SEMASA

DUN: Usaha pembangunan bakat, pendidikan terus diutama 

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat akan terus memperkasakan pembangunan profesional secara berterusan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kira-kira RM 3 juta diperuntukkan untuk tujuan ini bagi  meningkatkan kemahiran guru dan mempraktikkan penggunaan teknologi dalam pendidikan. 

“Malah, RM 1.3 juta tambahan akan disediakan untuk memupuk pengetahuan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam kalangan guru dan pelajar,” katanya ketika membentang Belanjawan Sarawak 2023 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dalam pada itu, kata Abang Johari kerajaan Sarawak juga turut menyediakan program bantuan pendidikan termasuk geran operasi RM40 juta untuk Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS). 

Selain itu, RM 30 juta sebagai bantuan pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan Sarawak yang telah membayar balik 30 peratus dan ke atas. 

“Ia melalui pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 30 peratus sebagai insentif penyelesaian baki pinjaman tertunggak,” katanya. 

Selain itu, RM20 juta untuk Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) untuk operasi SeDIDIK yang kini mempunyai 98 TADIKA dan TASKA. 

Geran tahunan RM 15 juta pula untuk 3,000 Institusi Asuhan Awal Kanak-Kanak yang akan memberi manfaat kepada lebih 80,000 kanak-kanak di Sarawak. 

Selain itu, RM13.7 juta untuk biasiswa dan pinjaman pelajar, RM10 juta untuk Program Tuisyen Percuma dan RM 1.95 juta untuk Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) Sarawak bagi memastikan kanak-kanak kurang upaya diberi hak yang sama kepada pendidikan.

Oleh NICKELYSON LAKUN 

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak beri penekanan pengajaran sains, bahasa Inggeris 
Next: BN minta tempoh hantar akuan bersumpah dilanjutkan – Ahmad Zahid 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.